Universiti Anjur Pertandingan Bina Menara Tahan Gempa Dari Pencungkil Gigi

Hebahkan !!!

Sebuah universiti kejuruteraan di Kumamoto, Jepun terkenal kerana menganjurkan satu pertandingan yang unik iaitu membina menara dengan kayu pencungkil gigi yang mampu bertahan dengan gegarakan gempa bumi.

Seperti mana yang kita pelajari dulu, Jepun terletak di dalam kawasan Lingkaran Api Pasifik yang membuatkan sesebuah kawasan itu berlaku aktiviti seismik dan gempa bumi yang kerap.

Walaupun muka bumi Jepun hanya 0.25 peratus sahaja dari bumi tetapi 18.5 peratus kejadian gempa bumi berlaku di sana.

Oleh sebab itu, pusat pengajian itu mencabar kemahiran para pelajarnya untuk membina menara sebegitu rupa yang mampu berdepan tekanan gegaran gempa bumi.

Ia dianjurkan sejak tahun 2006 oleh Jabatan Seni Bina dalam Fakulti Kejuruteraan di Universiti Sojo.

Pertandingannya diberi nama “Pertandingan Menara Pencungkil Gigi Seismik”. Peserta akan cuba membina menara daripada pencungkil gigi dan hanya gam kayu yang mampu bertahan dengan gegaran.

Menara yang masuk bertanding akan dibina di atas sekeping platform bersaiz 30cm dengan pemberat besi diletakkan di bahagian atas menara. Binaan pula akan diletakkan di atas satu pentas yang boleh digegarkan mengikut kadar tertentu sama seperti gempa bumi.

Apabila gegaran kenakan, menara yang tidak mampu bertahan akan runtuh kerana tekanan dari pemberat yang diletakkan. Menara yang paling akhir bertahan akan disytiharkan sebagai pemenang.

Pertandingan itu menerima sambutan hangat ketika edisi pertama diadakan.

Sejak tahun 2011 Universiti Sojo menganjurkan pertandingan antara pelajar sekolah menengah untuk mengasah minat mereka untuk menceburkan diri dalam pembinaan bangunan tahan gempa di negara itu.

Setiap peserta mesti membina binaan dengan ketinggian minimum 50cm dengan berat kurang daripada 65 gram. Ia akan dilekatkan di atas pentas berkenaan supaya ia tidak bergerak ketika platform bergegar.

Leave a Reply