Kerugian Akibat Kerajaan PH 22 Bulan Memerintah masih sangat terkesan sehingga kini.

Hebahkan !!!

Oleh Sirajuddin Ahmad

Dalam tempoh 22 bulan pihak yang tidak biasa jadi kerajaan tiba tiba jadi kerajaan dan memerintah, maka kesan kerosakan yang dibawanya sangat besar dan mendalam.

Hanya sebab bijak berpolitik dan bijak mengalih perhatin sahaja kerosakan teruk dapat di lindungi dan dialihkan kepada isu lain.

Ketika mengundi , Rakyat telah menyerah sesuatu kepada bukan ahlinya.

Bak pesan Rasululah  “Apabila sesuatu di serah kepada bukan ahli nya, maka tunggu lah saat kehanduran nya’.

Satu persatu kehancuran telah berlaku.

Aset dan wang negara bertambah tiris , sekaligus pendapatan negara meleset.

Paling menyedihkan dalam Pakatan Harapan sibuk menipu rakyat dan ‘decoy’ rakyat dengan isu dan kes rekaan, mereka telah melebur banyak aset negara dan menjual nya dengan harga diskaun sesuka hati.

Pada satu ketika salah seorang pemimpin mereka menyatakan akan menjual perniagaan yang tidak ‘profitable” , namun sebalik nya syrijat yang membawa keuntungan banyak kepada pendapatan negara juga di jual oleh PH.

Alasan penjualan ada lah untuk membayar hutang negara, tetapi selepas Allah izinkan PH tumbang, baru diketahui syarikat yang untung pun mereka jual juga.

Perniagaan “masa depan” atau “sunrise industry’ semacam periagaan online yang di beli oleh Datuk Seri Najib di jual juga oleh Tun Mahathir dan kerajaan 22 bulan nya.

Khazanah National di bawah DSNR yang di kata pencuri dan penyamun tidak rugi namun sebaik sahaja, kerajaan PH memerintah negara, di dapati ada pula kerugian RM6.3 bilion.

Ia sama seperti Tabung Haji juga bertahun tahun bawah DSNR tidak pernah rugi , hanya di bawah PH baru rugi, hatta alasan untuk menjual tanah dan aset secara pukal.

Tanah di jual ada yang sekadar RM4,500 sehaktar.

Kerajaan Najib yang dikatakan pencuri mampu mencipta aset Tabung Haji bernilai RM 19 bilion lebih untuk kerajaan PH hurung bawa ke SPV milik MoF.

Bukan kah lebih baik Najib sahaja yang curi aset itu?

Buat apa perlu cipta aset dengan membelinya , bukan kah lebih baik curi sahaja wang itu dari beli aset?

Tapi begitu lah kelentong nya kerajaan PH dan telah di percayai ramai.

Kemudian kerajaan PH telah menjual sebahagian saham Alibaba dan juga IHH.

Kedua syarikat dan perniagaan yang membawa keuntungan.

Namun di lebur oleh kerajaan Tun Mahathir dan PH.

Jika rakyat sangka Tun Mahathir bijak dalam mencari wang, ia anggapan yang salah.

Mungkin mencari wang untuk alih kepada kroni dan proksi melalui projek , bail out dan top up , tapi untuk negara tidak.

Habis semua tiris, terjual dan tergadai dengan alasan simple , mahu tebus hutang ‘Najib’.

Tapi , akhirnya hutang negara bukan susut tetapi semakin bertambah dengan hutang baru Samurai Bond dan lain lain.

Malah hutang 1MDB juga tidak susut setelah pelbagai Bilion di perolehi dari kroni Tun Mahathir seperti AMBANK sebanyak RM 2.8 bilion dan penjualan kapal mewah RM500 juta.

Itu belum di kira berbilion lagi yang di pulangkan oleh Goldman Sach dan Abrar dan Nor Yakob , jika di buka kes.

Dalam waktu yang sama , kerajaan 22 bulan sempat menjarah wang PETRONAS.

Selain dividen tahunan , PH Mahathir menjarah sejumlah RM80 bilion dalam waktu singkat.

PETRONAS turut jatuh rating nya di bawah Tun Mahathir dan PH.

Terkini, isu syarikat berasal dari Segambut lari ke Singapura dan kemudian di “listed” dipapan saham NYSE.

 

Betapa hal ini dikatakan oleh pakar ekonomi sebagai sesuatu yang berharga terlepas dari tangan.

Bukan ini sahaja, banyak lagi untuk di ceritakan, namun atas sebab ‘economic of words” kita pendek kan cerita sahaja.

Kerosakan kerajaan 22 bulan membawa kesan sehngga 30 tahun untuk dipulihkan kata seorang pakar ekonomi.

Bukan pemulihan  dari sudut ‘monetary’ sahaja tapi dari sudut “image’ , reputasi dan “trust deficit” memakan masa untuk di pulihkan.

Negara masih beum di yakini pelabur luar itu satu hal, tetapi apa yang sudah terlepas dari tangan pun satu hal juga.

Rakyat semakin susah, tetapi orang yang suruh rakyat ikat perut semakin kaya bersama kuncu kuncu nya.

Leave a Reply