Empat PPV Integrasi Akan Mula Dibuka Esok Di Lembah Klang

Hebahkan !!!
Orang ramai beratur di luar Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di ibu negara untuk mendapatkan suntikan vaksin ketika lokasi itu dijadikan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sebelum ini.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) akan membuka empat Pusat Pengambilan Vaksin (PPV) Integrasi di Lembah Klang, mulai esok.

KKM dalam satu kenyataan, berkata empat lokasi PPV Integrasi itu adalah di PPV World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur, PPV Axiata Arena, Bukit Jalil; PPV Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam dan PPV Soka Gakkai, Klang.

Empat PPV Integrasi berkenaan akan mula dibuka jam 9 pagi kepada orang ramai untuk pemberian vaksinasi dos penggalak.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, dilaporkan berkata pihaknya turut menyasar 80 peratus warga emas menerima dos penggalak dalam tempoh sebulan, manakala negeri yang masih terkebelakang dalam aspek itu akan diberi tumpuan.

Katanya, pembukaan PPV Integrasi itu juga untuk mempergiatkan pemberian vaksinasi dos penggalak kepada warga emas yang pada masa kini berada pada paras lebih daripada 50 peratus.

“Jika ada keperluan serupa di bandar-bandar besar lain, ia akan perluaskan,” katanya.

Leave a Reply