VIDEO : Bayi Baru Lahir Sebut Nama Allah Berkali-Kali

Hebahkan !!!

Setiap kelahiran pasti disambut dengan kegembiraan dan rasa syukur oleh ibu bapa dan keluarga apabila menerima amanah Allah yang comel dan sihat.

Kegembiraan pasti terserlah apabila suara tangisan bayi berkenaan menghiasi ruang bilik tempat si kecil dilahirkan mengenal dunia.

Bagaimanapun, tular di laman video Youtube video seorang bayi yang baru lahir bukan menangis malahan bersuara dengan bunyi seakan-akan menyebut zikir nama Allah.

Video berdurasi selama 37 saat itu menunjukkan bayi berkenaan berkali-kali menyebut “Allah.. Allah… Allah,” sambil sesekali membuka mata dan melihat keadaan sekeliling.

Ia dimuatnaik di saluran Youtube TaoTauAjer dan telah ditonton lebih 50,000 kali sejak dimuatnaik.

Bagaimanapun ia dimuatnaik pada tahun 2014 dan kini kembali ditularkan di alam maya.

Video ini bukan bertujuan untuk mempengaruhi sesiapa dan ia cuma menunjukkan petanda kekuasaan Allah dan terpulang kepada pembaca dan penonton sendiri untuk menilai.

Leave a Reply