Kakanda Putera Mateen, Pengiran Anak Puteri Fadzilah bakal bernikah 20 Januari, majlis berlangsung 10 hari

Hebahkan !!!

Majlis Istiadat perkahwinan diraja, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah, kakanda kepada Pengiran Muda ‘Abdul Mateen akan berlangsung bermula  pada 16 Januari 2022.

Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah merupakan puteri kedua bongsu Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah iaitu hasil perkahwinan baginda bersama Puan Hajah Mariam.

Puteri berusia 36 tahun itu bakal mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihan Awang Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi.

Difahamkan, majlis akan berlangsung selama 10 hari bermula 16 Januari hingga pada 25 Januari 2022.

Perkara tersebut turut dikongsikan laman Instagram rasmi keluarga diraja negara itu iaitu @bruneiroyalfamily.

 

 

Leave a Reply