Tidak Dedah Penerima Rasuah Dari Goldman Sach Hancurkan kredibiliti SPRM , PH dan kerajaan.

Hebahkan !!!

 

 

Oleh Sirajuddin Ahmad

Pelik juga apabila Tun Mahathir menerima sanjungan dan anugerah konon atas usaha memerangi rasuah.

Tidak pasti sama ada ia sekadar untuk kerja hubungan awam atau atas usaha berdasarkan fakta dan pembuktian.

Negara kita kini mendapat reputasi yang sangat teruk dan tiada langsung nampak jalan untuk memperbaiki imej sebagai negara yang benci rasuah.

Kes kes rasuah pula terlihat sebagai “selective political persecution” sahaja dan juga sebagai kes persepsi memburuk kan musuh sehingga kes rasuah yang sebenar seperti kes rasuah Terowong Lim Guan Eng cuba di gambarkan sebagai kes politik.

Rakyat terkeliru akibat permainan politik Pakatan Harapan dan Tun Mahathir yang berlebihan dan melampau.

Dalam entri terbaru Datuk Seri Najib Razak, baru baru ini, satu pertanyaan yang sangat penting masih belum terjawap oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia  dan kerajaan juga pemimpin PH yang pernah menjadi kerajaan.

Kenapa sebaik sahaja mahkamah Amerika mengesahkan Goldman Sach dan boss mereka Tim Lessner bersalah menyogok  pegawai Tinggi kerajaan Malaysia dan juga pegawai tinggi 1MDB, mereka langsung tidak di dakwa dimahkamah di Malaysia?

Bukan sahaja tidak mendakwa , bahkan pihak penguasa pula menjadi pelindung dari nama nama mereka terdedah dah di perolehi oleh DSNR untuk urusan kes bagi menewaskan pihak pendakwa.

Bagaimana rakyat hendak yakin dan  pelabur hendak masuk jika pihak tertinggi negara tidak membuka kes berprofile tinggi seperti kes Tommy Thomas dan Zeti Akhtar?

Untuk makluman banyak wang 1MDB telah di terima dari pihak pihak lain dan bukan dari DSNR.

Banyak lagi belum di dapati semula dari kroni Tun Mahathir seperti Zeti Akhtar dan Nor Yakob.

Pada isu topik, amat di kesali Malaysia dan SPRM tidak minat untuk dedah penerima rasuah dari Goldman Sach dan Tim Lessner.

Bukan itu sahaja, SPRM dan kerajaan seolah olah tidak minat untuk membersihkan nama negara dari di cemari dengan kes rasuah yang tidak di bawa ke mahkamah.

Kes RM700 juta itu kes yang amat besar membabitkan institusi Bank Negara Malaysia .

Walaupun pihak tertentu sangat mati matian mahu nama Najib menjadi ikon rasuah namun ia tidak menjadi kerana yang bijaksana dapati kes tidak  kuat langsung dengan ketiadaan saksi dan bukti di mahkamah.

Malah banyak kepincangan pula yang menonjol seperti penerima rasuah dari GS di jadikan saksi untuk pekena DSNR.

Negara terbesar dunia seperti China , mengenepikan terus dakwaan terhadap DSNR dan tidak pandang langsung kepada kes yang di cipta terhadap DSNR.

Berbalik kepada pertanyaan DSNR , sememangnya kerajaan dan pembela tidak dapat menjawap , kenapa tidak minat langsung untuk tahu siapa penerima rasuah dari GS?

Apakah kes rasuah tidak rasuah jika ia tidak kait Najib Razak?

Apakah rasuah hanya rasuah jika ia boleh mengenakan orang UMNO dan Najib?

Tidak hairan semua pelabur lari ke negara jiran, reputasi agensi penguasa kita  dan badan seperti Bank Negara  sudah tidak dipercayai lagi dan pelabur serta negara luar tahu pihak penguasa dan agensi tidak akan bertindak sedemikian jika mereka tidak di remote oleh pihak politik yang berpengaruh.

Leave a Reply