Peniaga Bawa Inspirasi Dari Australia Jual Kopi Dari Dalam Van

Hebahkan !!!

Pengalaman bekerja di Australia pada tahun 2013 memberi inspirasi kepada seorang pemuda bagi mengusahakan sendiri perniagaan yang berasaskan kopi menggunakan food truck.

Hanya bekerja sebagai pembantu pembancuh kopi di Australia, Wan Mohd Naim Wan Mohd Gazi tekad menjalankan perniagaan kopi menggunakan sebuah van sejak bermula awal tahun 2021 dengan nama Van’s Street Coffee.

Dia sangat terinpirasi dengan budaya masyarakat Australia yang menjadikan kopi sebagai medium terbaik untuk hidup bermasyarakat.

“Saya masih ingat, penduduk di Australia memang suka minum kopi. Jadi bos saya buka food truck jual kopi secara jalanan. Di mana sahaja kami rasa sesuai, kami hentikan van dan buka kedai.

“Daripada situ juga saya tengok mereka berbudaya, menjalinkan hubungan kemasyarakatan dengan lebih erat dan mengambil berat antara satu sama lain.

“Selepas beberapa tahun, saya pulang ke Malaysia dan terfikir, kenapa saya tidak boleh buat di Malaysia sedangkan kita ada masyarakat berbilang kaum yang meminati kopi ini,” katanya.

Leave a Reply