Dua Pemilik Syarikat Direman SPRM Berhubung Kemuka Tuntutan Palsu

Hebahkan !!!

ALOR SETAR – Dua lagi pemilik syarikat direman bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan penyata akaun bank milik syarikat yang mempunyai butiran palsu kepada syarikat pembersihan antara 2018 dan 2019.

Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah Alor Setar, Eliana Ismail selama enam hari bermula hari ini terhadap dua individu berusia 37 dan 51 tahun itu.

Dengan ini jumlah yang direman adalah 17 orang sementara lapan lagi dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kesemua mereka merupakan antara 25 individu ditahan bermula Isnin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Semalam, empat lagi individu termasuk pemilik syarikat ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan penyata akaun bank milik syarikat yang mempunyai butiran palsu kepada syarikat pembersihan.

Menurut sumber, empat individu berkenaan berusia antara 37 hingga 51 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Kedah, selepas hadir memberi keterangan berhubung dakwaan mengemukakan penyata akaun bank palsu bagi melayakkan syarikatnya memasuki tender Penswastaan Pengumpulan Sisa Pepejal dan Pengurusan Pembersihan Awam di Wilayah Utara

Leave a Reply