Anugerah Academy Awards Akan Kembali Tampilkan Hos Pada Malam Kemuncak

Hebahkan !!!

Malam Anugerah Akademi ke-94, Amerika Syarikat (AS) akan kembali menampilkan hos bagi malam kemuncak anugerahnya buat kali pertama sejak 2018.

Tahun ini, penganjuran malam kemuncak industri perfileman itu akan kembali ke venue tradisi Dolby Theater, Los Angeles pada 27 Mac ini.

Ketika sebahagian besar acara anugerah ditangguhkan gara-gara peningkatan kes COVID-19, penganjur meneruskan anugerah akademi.

Presiden ABC Entertainment, Craig Erwich bagaimanapun tidak mendedahkan siapa hos yang akan mengendalikan malam anugerah tahun ini.

Kali terakhir Oscars menampilkan hos adalah pada 2018, menerusi Jimmy Kimmel.

Pada 2019, Kevin Hart batalkan penampilan sebagai hos susulan kontroversi berkaitan ciapan Twitternya.
Ketiadaan hos Oscars kemudian terus jadi kelaziman untuk dua tahun seterusnya.

Nama besar lain yang pernah menjadi hos termasuk Chris Rock dan Ellen Degeneres.

Leave a Reply