Ustaz mengaku tidak divaksin, bawa orang tak vaksin ke Arab Saudi

Hebahkan !!!

SHAH ALAM – Seorang ustaz yang juga penceramah bebas mengakui bahawa beliau yang membawa jemaah tidak divaksin ke Arab Saudi.

Pengakuan secara terbuka itu dikongsikan di laman Instagram miliknya pada Sabtu.

Bahkan, beliau juga turut mengakui bahawa dirinya juga tidak divaksinasi.

“Saya mengaku saya tidak vaksin dan bawa orang yang tidak vaksin ke Saudi. Vaksin MM. Sebab vaksin ini dah pupus.

“Ramai juga jemaah tak ambil pun vaksin ni. Seperti segala jenis vaksin lain akan pupus dan tamat tempoh.

“Vaksin juga adalah duit dan mata pencarian untuk mereka bergelar ‘pakar’,” katanya menerusi laman Instagram pada Sabtu.

Pada 6 Januari lalu, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan sejumlah 17 daripada 122 individu yang dijangkiti varian Omicron setakat 4 Januari lepas didapati tidak mempunyai rekod vaksinasi Covid-19.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya sedang menyiasat rekod pengembara dari luar negara yang tidak mempunyai sejarah vaksinasi sama ada mereka memiliki masalah kesihatan atau sebab lain.

Tambahnya, KKM turut mengesan ketidakpatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) apabila 14 peratus daripada 122 kes Omicron membabitkan jemaah umrah setakat Selasa tidak menerima suntikan vaksin.

Leave a Reply