PKP Secara Menyeluruh Tidak Akan Lagi Dilaksanakan Kerajaan

Hebahkan !!!

Kerajaan tidakan akan melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara besar-besaran seperti yang dilaksanakan pada tahun 2020 dahulu.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjelaskan, kerajaan bagaimanapun tidak menolak untuk mengambil langkah lebih ketat ekoran penularan varian Omicron.

Hishammuddin berkata, langkah lebih ketat itu termasuk menyekat pergerakan keluar dan masuk dari lebih banyak negara jika negara berkenaan didapati berisiko tinggi.

“Mengambil kira pembentangan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sebentar tadi, setakat ini sebanyak 245 kes Omicron telah disahkan di Malaysia.

“Sebahagian besar kes jangkitan varian ini di negara kita masih lagi berpunca daripada kepulangan pengembara dari luar negara.

“Kerajaan tidak menolak untuk mengambil langkah lebih ketat termasuk menyekat pergerakan keluar dan masuk dari lebih banyak negara jika negara berkenaan didapati berisiko tinggi.

“Namun penting juga untuk saya tegaskan, pendekatan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara besar-besaran seperti sebelum ini tidak akan dilaksanakan semula,” katanya pada Sidang Media Khas Sempena Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19, hari ini (Selasa).

Hishammuddin menjelaskan, keputusan untuk tidak melaksanakan PKP secara besar-besaran dibuat merupakan sebahagian dari usaha bersiap sedia memasuki transisi ke fasa endemik.

Namun beliau memberitahu, pengumuman transisi ke fasa endemik itu tertangguh kerana kerajaan sedang memantau penularan varian Omicron dan banjir yang melanda beberapa buah negeri baru-baru ini.

Leave a Reply