Layanan Buruk  SPRM Terhadap Najib , Bikin Rakyat Hilang simpati Kepada Azam Baki dan SPRM

Hebahkan !!!

 

Oleh Sirajuddin Ahmad

Skandal ciptaan terbaru pihak Pakatan Harapan memenuhi semua ruang berita dalam negara.

PH yang memang bijak mengatur strategi politik skandal memainkan isu Azam Baki secara “allout” untuk memadamkan semua kisah jijik mereka selama memerintah negara 22 bulan.

Setelah tewas di tujuh PRK dan di dua PRN, PH tidak lagi boleh terus kalah bila menghadapi PRU15.

Tambah lagi, anak kepada Supremo DAP Lim Kit Siang , ia itu Lim Guan Eng sedang berhadapan mahkamah dengan kes rasuah yang sahih dan bukan di reka reka seperti kes 1MDB/SRC Najib Razak.

Maka, dengan membesar kan isu Azam baki , DAP, PKR dan AMANAH seolah olah mendapat nyawa dalam kelangsungan politik.

Sebelum ini, pada isu Bekas Gabenor yang memiliki wang RM700 juta pada akaun suami nya , mereka sunyi sepi membisu dan “lay low” sahaja.

Datuk Seri Najib tidak nampak pula membela Azam Baki selain mahu keadilan sebenar dilaksanakan.

Jika benar ada kesalahan silakan, dakwa , namun keutamaan harus diamalkan.

Maksud DSNR, kenapa bila kes babit wang besar milik 1MDB di ambil oleh keluarga Zeti melalui Jho Low , DAP, PKR dan AMANAH berlaku bodoh tuli tidak berkempen untuk dibuka siasatan, tapi kes wang keluarga menggunakan nama abang adik menjadi kes maha penting dan maha besar.

Ini lah dia bodoh dan kejahilan sebenar.

Apapun masalah Azam bukan masalah UMNO.

Apa yang dapat di perhatikan pada isu terbaru yang di cipta oleh PH ini adalah perasaan dan sentimen rakyat berkenaan skandal babit Ketua Pengarah SPRM ini , nampak nya tidak mendapt simpati dan belaan netizen di MEDSOS.

Rata rata berpendapat se eloknya di seret sahaja kemuka pengadilan walaupun penjelasan telah di lakukan.

Pengalaman melihat bagaimana DSNR dan Datin Rosmah Mansor dilayan sebegitu buruk oleh SPRM mebuatkan sejumlah rakyat terutamanya pensimpati DSNR mengambil jalan mengkritik malah mencaci SPRM dan Azam Baki.

Sama ada salah atau tidak, mereka mahu Azam di siasat juga.

Ini natijah dan bala apabila kerajaan 22 bulan memerintah,

Dengan amalan selektif persecution, rosak seluruh sistem pendakwaan.

Pada kes kes babit pemimpin UMNO, SPRM tersangat laju bertindak, namun pada kes sama babit bukan ahli UMNO, lain pula jadinya.

Lihat sahaja pada kes Datuk Ahmad Maslan dan Datuk Sharir Samad, laju sahaja SPRM membuka kes.

Namun , pada kes sama babitkan Datuk Mas Emeiyati dan Datuk Mustapha Mohamad tiada pula di kenakan apa apa.

Begitu juga pada kes Tan Sri Zeti Akhtar , SPRM lansung tidak mahu merampas atau menyita harta Keluarga Zeti dan tidak mahu membeku akaun keluarganya.

Sehingga kini tiada apa apa kes dikenakan terhadap keluarga Zeti.

Ketika DSNR memohon akaun keluarga Zeti di dedahkan di mahkamah, SPRM pula yang menjadi alat penghalang.

Entah apa yang di takuti nya terdedah kita pun tidak tahu.

Sama ada SPRM ikut telunjuk pihak tertentu , itu masalah SPRM menjawap kepada Allah.

Apa yang kami mahu paparkan, ada lah rasa hilang hormat rakyat terhadap SPRM makin mendadak sejak kerajaan Pimpinan Tun Mahathir ambil alih.

Semua majal dan bala mula datang satu persatu.

Paling trajis adalah semua pelaku terhadap DSNR satu persatu mendapat bala, dari Lateefa Koya, Tommy Thomas , Lim Guan Eng, Tony Pua, Tun Mahathir , Lim Guan Eng dan terkini Azam Baki pula.

Ini lah akibat nya bila negara di bawah telunjuk insan tertentu yang mengatur banyak perkara dari belakang tabir.

Porak peranda negara dibuatnya.

Leave a Reply