Jumlah Mangsa Banjir Di Johor Berkurangan

Hebahkan !!!

JOHOR BAHRU : Jumlah mangsa banjir di Johor terus menurun apabila 2,298 orang daripada 660 keluarga kini ditempatkan di 35 pusat pemindahan sementara (PPS), setakat jam 8 pagi ini.

Berbanding jam 8 malam tadi, seramai 2,679 mangsa daripada 757 keluarga ditempatkan di 36 PPS seluruh negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan, berkata jumlah mangsa banjir di Segamat menyusut kepada seramai 734 mangsa daripada 199 keluarga ditempatkan di 15 PPS, pagi ini berbanding 991 mangsa daripada 256 keluarga ditempatkan di 16 PPS, malam tadi.

“Dua daerah turut sama mencatatkan pengurangan adalah Tangkak dengan 610 mangsa daripada 190 keluarga di sembilan PPS, pagi ini, berbanding seramai 655 mangsa daripada 199 keluarga di sembilan PPS, malam tadi.

“Muar juga menurun kepada 873 mangsa daripada 253 keluarga di 10 PPS, pagi ini, berbanding 952 mangsa daripada 284 keluarga di 10 PPS, malam tadi.

“Walaupun Batu Pahat masih mengekalkan jumlah sama pada pagi ini dan malam tadi, ia turut mencatatkan penurunan iaitu 81 mangsa daripada 18 keluarga di sebuah PPS, berbanding 130 mangsa daripada 34 keluarga di dua PPS, jam 12 tengah hari semalam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, empat jalan masih ditutup bagi semua jenis kenderaan meliputi Jalan Pogoh, Segamat; Jalan Felda Bukit Aping (Jalan Kemuning 1), Kota Tinggi; Jalan Tekam-Pogoh, Muar dan Jalan Muar-Labis, Muar.

Leave a Reply