Remaja Perempuan Lahirkan Bayi Terkecil Dan Paling Ringan Di UK

Hebahkan !!!

LONDON : Seorang remaja perempuan di United Kingdom (UK) dilaporkan melahirkan bayi pramatang dipercayai terkecil dan paling ringan di negara itu, dalam tempoh 20 tahun.

Metro UK melaporkan Ellie Paton, 17 tahun, melahirkan bayi perempuan diberi nama Hannah, ketika kandungannya berusia 25 minggu, selepas menjalani pembedahan kecemasan.

Hannah hanya seberat 325 gram (g) semasa lahir dan pada awalnya dimaklumkan bayi itu ada 20 peratus peluang hidup.

Ellie dan ibu bapanya diberi amaran bahawa bayi mereka mungkin tidak bertahan lama.

Bagaimanapun, Hannah cukup kuat untuk bernafas dan kini menjadi bayi terkecil yang masih hidup selepas dilahirkan, di UK, dalam tempoh dua dekad.

Media melaporkan, Ellie dan pasangannya Brandon Stibbles, 21, diberitahu mengenai saiz bayi yang terlalu kecil seperti janin berusia 16 minggu.

Leave a Reply