Kanak-Kanak Dua Tahun Dikhuatiri Lemas Di Tambunan

Hebahkan !!!

TAMBUNAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dikhuatiri lemas selepas ibunya menemui selipar mangsa di tepi sungai di Kampung Sungai Zon Kumareling, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, pihak bomba menerima panggilan berhubung kehilangan mangsa pada 6.53 petang.

“Pasukan Bomba bergegas ke lokasi untuk mendapatkan maklumat sebelum menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Menerusi maklumat awal, mangsa adalah Mohammad Syaril yang berusia dua tahun. Mangsa dipercayai hilang di sungai berdasarkan kepada penemuan selipar mangsa di tepi sungai,” kata jurucakap bomba ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, maklumat berhubung keadaan operasi mencari kanak-kanak terbabit akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Leave a Reply