DAP Mahu Rakyat Bual Pasal Azam Baki, Tapi DAP Diam Berkenaan Zeti dan Saksi Rasuah Mati

Hebahkan !!!

Oleh Sirajuddin Ahmad

Hipokrasi DAP sangat dasyat.

Kehilangan wang 1MDB sebanyak RM700 juta dan masuk kedalam akaun suami bekas Gabenor Bank Negara,  DAP tidak hirau, tapi DAP melalak kuat berkenaan saham Tan Sri Azam Baki yang diatas nama adiknya sejumlah  RM330,000 +.

DAP juga cuba mengelirukan ramai rakyat yang jahil dengan jumlah unit berbanding jumlah unit dalam nilai ringgit.

Menyebut jutaan unit akan kelihatan hebat dan banyak.

Sedangkan dari nilai ringgit ia tidak sampai setengah juta.

Apa yang menarik , semalam “supremo’ DAP Lim Kit Siang cuba “up the ante’ dengan menyebut kes Azam Baki dan Najib ada lah lambang Kleptokrasi akan kembali.

Begitu pantas nya LKS  meletak branding kepada isu Azam Baki yang belum di dakwa pun.

Semamang itu ‘game” DAP yang mirip permainan Tun  Mahathir ketika mula memainkan isu 1MDB Datuk Seri Najib Razak .

“Trial by media” ala ala 1MDB sedang cuba dimainkan oleh DAP.

Bersalah sebelum di hukum mesti di tanam didalam minda rakyat.

Pada kes DSNR pun begitu juga, namun akhirnya sesiapa yang mengikuti rapat prosiding dan soal jawap dalam mahkamah akan mendapati tiada langsung unsur unsur mencuri bahkan bukti juga tidak kelihatan selain kenyataan saksi.

Tuduhan mencuri berbilion ringgit akhirnya langsung tiada , yang ada hanya wang di masuk kan oleh pihak ketiga yang di percayai sudah berpakat untuk mengenakan DSNR , hatta , Najib yang dikatakan bersalah tapi, orang lain pula yang lari bersembunyi.

Hal derma RM2.6 bilion pun tidak dibincangkan setelah saksi, Cheah Teck Kuan dan Uma Dewi sahkan dokumen derma.

Bahkan derma dicukaikan dengan kiraan mengila.

Sebaliknya , wang berbilion dan ratusan juta di dapati masuk kedalam akaun AMBANK, suami Zeti Akhtar dan Nor Yakob.

Kesemua mereka berkait dengan Tun Mahathir.

Pengerusi AMBANK ada lah penaung Yayasan Kepimpimnan Perdana , Zeti watak “favourite” Mahathir dan Daim dan Nor Yakob ada lah “fall guy” untuk Mahathir bagi kes FOREX 30 bilion.

Dari AMBANK wang sejumlah RM2.8 bilion di perolehi kembali.

Dari keluarga Zeti hanya RM65  juta sahaja di

kembalikan dan selebih dari RM700 juta sudah lesap.

Ada yang percaya wang itu sudah masuk ke “Pandora list” dan ada juga yang yakin ia di serah kepada “Director” wayang 1MDB yang sebenarnya.

Namun, kesemua mereka masih tidak didakwa lagi , melainkan Joana Yu dari AMBANK telah di saman oleh DSNR atas sebab menjadi talibarut kepada Jho Low dan melindungi transaksi dari pengetahuan DSNR.

Kembali kepada isu Azam baki, DAP sudah kenal pasti isu yang mereka boleh mainkan untuk PRU15.

Seperti biasa DAP sama seperti Mahathir perlukan isu orang lain untuk kelangsungan.

DAP dan Mahathir bukan pejuang untuk periuk nasi rakyat tetapi pejuang perkara yang tidak buat dapur berasap.

Kembali kepada DAP dan LKS, kini kami dapat maklum, DAP dan LKS akan bermati matian main isu Azam Baki seolah olah telah bersalah tapi tidak di hukum.

Sambil itu DAP akan buat bodoh berkenaan Kes Zeti yang melibatkan wang rakyat.

Ini kerana kes Zeti boleh dedahkan plot dan konspirasi DAP dan Mahathir dalam mencipta kes 1MDB.

Ini lah nama nya “penny wise , pound foolish’ atas sebab wang saham bukan dari orang lain tapi wang keluarga sendiri, sebaliknya wng RM700 juta ada lah milik 1MDB.

Namun, DAP dan Mahathir peduli apa asalkan yang kena ada lah pihak lain, dan bukan pihak sendiri.

Di harap rakyat tidak terperangkap dengan permainan DAP lagi.

Mereka sudah tewas teruk di 7 PRK, tewas teruk di Melaka dan hancur lunyai Di Sarawak.

Maka DAP dan LKS sudah nampak sesuatu untuk di main kan “all out” .

Semoga rakyat tidak terperangkap dengan permainan DAP.

Leave a Reply