China Lantik Bekas Ketua Tentera Sebagai Komander PLA Hong Kong

Hebahkan !!!

SHANGHAI : China melantik bekas ketua tentera, Peng Jingtang, sebagai komander baharu barisan Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) di Hong Kong, lapor penyiar CCTV lewat semalam, memetik jurucakap PLA.

Jingtang, yang berpangkat mejar jeneral, sebelum ini adalah timbalan ketua kakitangan pasukan polis separa tentera China, Polis Bersenjata Rakyat.

Pelantikannya telah ditandatangani oleh Presiden China Xi Jinping, kata CCTV.

CCTV juga memetik Jingtang sebagai berkata, dengan pelantikan baharunya, beliau akan bekerjasama dengan semua anggota garrison untuk mengikut perintah Parti Komunis yang memerintah dan Jinping, dan tegas mempertahankan kedaulatan negara dan kepentingan keselamatan.

Hong Kong kembali kepada pemerintahan China pada tahun 1997 dengan janji bahawa hak individu yang luas akan dilindungi.

Namun, aktivis prodemokrasi dan kumpulan hak asasi manusia berkata, kebebasan telah terhakis, khususnya sejak China mengenakan undang-undang keselamatan negara yang baharu selepas beberapa bulan protes prodemokrasi yang ganas pada 2019.

Leave a Reply