Lelaki maut motosikal ditunggang langgar tiang

Hebahkan !!!

TANJUNG MALIM – Seorang lelaki warga Indonesia maut selepas motosikal yang ditungganginya terlanggar tiang Telekom Malaysia (TM) di Kampung Penderas, Slim River, di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa berusia 46 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dipercayai hilang kawalan ketika melalui kawasan selekoh.

“Keadaan itu menyebabkan mangsa terbabas lalu melanggar tiang TM di kiri jalan dan cedera di kepala.

“Mangsa yang disahkan meninggal di lokasi kemalangan dibawa ke Hospital Slim River untuk dibedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Leave a Reply