Buka Dulu Kes Skandal RM700 Juta Keluarga Zeti , Sebelum Buka Isu Azam Baki.

Hebahkan !!!

Oleh Sirajuddin Ahmad

Integriti agensi dan badan penguasa negara semakin huru hara dan sudah hilang intergritinya semenjak kerajaan Pakatan Harapan memerintah yang di pimpin oleh Tun Mahathir dan DAP.

Semenjak kerajaan 22 bulan mengambil alih, semua badan dan agensi menjadi huru hara dan tidak lagi di hormati oleh semua pihak.

Semenjak kerajaan PH berkuasa , pelanggaran etika badan peguasa semua menjadi carca marba dan tidak  tentu arah.

Isu terkini yang menjadi hangat adalah apabila Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia , Datuk Azam Baki di ungkitkn dengan pemilikan saham atas nama adiknya.

Sama ada ia isu tulin jenayah sivil atau sekadar isu cuba di bangkitkan oleh DAP dan PKR untuk alih perhatian, itu perkara nombor dua.

Apa yang paling utama adalah kes wang 1MDB sebanyak RM700 juta wang masuk kedalam akaun suami bekas Gabenor Tan Sri Zeti Akhtar Aziz perlu di buka segera dan di utamakan.

Kes ini sangat besar kepada imej negara kerana yang terbabit adalah individu yang diberi amanah menjaga gawang negara tetapi secara sulit telah melepaskan wang dari dalam negara mengalir keluar masuk kedalam akaun suminya di Singapura.

Kebetulan pula Samuel Goh rakan kongsi syarikat “fake” yang menerima wang 1MDB ada lah “partner” suami kepada bekas Gabenor itu sendiri.

Dengan membuka kes di mahkamah banyak jawapan berkenaan kes membabitkan Datuk Seri Najib dapat di rungkai atas sebab pelaku dalam kes DSNR adalah juga terkait wang 1MDB yang di “park” di Singapura.

Kes juga boleh membersihkan nama Bank Negara dan juga SPRM.

Sebelum ini, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) juga terpalit dengan isu penyelewengan kiraan cukai terhadap DSNR.

LHDN dimalukan dengan DSNR membuat laporan Polis dan Polis menyoal siasat lima pegawai LHDN.

Nampak sangat sebaik sahaja Tun Mahathir ambil alih semua agensi kerajaan menjadi kotor dan rosak reputasi.

Maka dari pada bruhaha isu Azam Baki, se eloknya kes RM700 juta keluarga Zeti di buka d mahkamah terlebih dulu.

Siasatan juga sudah berlarutan bertahun tahun tanpa ada Press Conference dari mana mana pihak apa sudah terjadi dan apa ‘finding’ siasatan.

Ini sangat penting kepada imej negara kerana PH telah akibatkan sistem penghakiman rosak, LHDN musnah, SPRM hancur dan BNM tidak di percayai.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri tidak perlu beri komen berkenaan kes Azam Baki jika tidak berani beri komen berkenaan kes yang lebih besar membabitkan wang rakyat.

RM700 juta adalah milik rakyat , sedangkan kes Azam Baki berkemungkinan duit kalangan keluarga dan berjumlah sekitar RM334,000 sahaja.

Mungkin dengan membuka kes keluarga Zeti , maka banyak akan dapat terjawap dan merungkai banyak misteri kenapa Tun Mahathir dan Lim Kit Siang tidak mendesak agar Zeti di seret kemahkamah.

 

Leave a Reply