Najib Bekas Perdana Menteri Pun Boleh Di Siasat, Ini Kan Tommy Thomas.

Hebahkan !!!

 

Oleh : Sirajuddin Ahmad

Datuk Seri Najib Razak sekali lagi menempelak Thommy Thomas berkaitan ke engganan nya memberi kerjasama pada siasatan terhadap tulisan pada buku nya.

 Dalam kenyataan DSNR, beliau memperli TT dengan kenyataan “sendiri bocor sendiri koyak’.

Antara alasan di beri oleh TT supaya tidak perlu menjawap kepada badan siasatan adalah mereka mereka yang mahu menyiasat diri nya ada lah lebih “junior” dan berpangkat lebh rendah dari diri nya.

Ini ada lah ‘lame accused” dan alasan tersangat janggal.

Harus di ingat, DSNR sendiri ada lah mantan Perdana Menteri dan ketika di bicara semua yang menyiasat dan terbabit berjawatan lebih ‘junior” dan rendah dari DSNR sendiri.

Dalam pendedahan TT di dalam buku nya ‘My Story- Justice in the Wilderness’ beliau menceritakan  betapa banyak sangat campurtangan dalam urusan penghakiman dan penentu kenaikan pangkat dan jawatan.

Maka atas sebab perakuan bertulis ini, maka siasatan akan dibuka , namun TT enggan memberi kerjasama untuk disoal siasat.

Sememang ada asas ada dakwaan TT dalam hal hal pemilihan hakim dan sebagainya.

Semenjak era Tun Mahathir ianya telah berlaku jika diambil kira kes “VK Lingam”.

Kemudian apabila Mahathir tidak dapat mengawal Tun Mohamad Salleh Abas , maka satu tindakan cuba di lakukan oleh Tun Mahathir untuk menyingkir Tun Salleh Abas.

 

Tidak henti di situ , kes terbaru ada lah apabila Tan Sri Appandi mendedahkan bagaimana Mahathir cuba pergunakan Sri Ram untuk menangkap DSNR.

 

Seperti lazim , Mahathir memang pergunakan pihak lain untuk kerja kerja nya untuk kemudian mudah menyatakan “saya tidak tahu’ atau “itu bukan saya’ apabila terkantoi.

Kenyataan berkenaan ini diluahkan oleh TS Appandi sendiri bersaksikan rakaman CCTV nya dan juga kenyataan akan menulis dalam memoir nya termasuk isu penggadaian Pulau Batu Puteh oleh Mahathir secara membuat keputusan bersendirian.

Kembali kepada isu topik, memang wajar di siasat kenyataan bertulis TT atas sebab judiciary menjadi bahan lawak dalam sistem negara.

Keputusan keputusan penghakiman sudah boleh di agak dan di teka oleh orang yang melepak di kedai kopi sahaja.

Ini menunjukan kan sistem seluruh negara perlu di revamp dan saranan DSHR harus di dengar.

Kenapa TT begitu takut dengan siasatan?

Lihat kes DSNR sendiri, dengan hakim yang di tukar di saat akhir, dengan bukti yang di sorok dengan saksi yang tidak ada dalam mahkamah, DSNR tetap hadapi dengan tabah.

 

 

 

Leave a Reply