Lim Kit Siang Nampak Ruang Balas Dendam Terhadap SPRM  

Hebahkan !!!

 

Oleh: Sirajuddin Ahmad

Semalam Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) telah perjelaskan kedudukan isu yang dibangkitkan berkenaan saham adik beliau menggunakan nama beliau.

 

Turut bersana dalam sesi penjelasan itu ada lah Pengerusi Badan Penasihat SPRM Zahar Ujang.

 

Walaupun kedua individu telah menjelaskan kedudukan isu pemilikan saham itu, namun tidak semua pihak berpuas hati dan seperti biasa akan tetap mahu terus menjadikan ia sebagai isu.

 

Paling menonjolkan dalam mahu isu ini terus menjadi bualan masyarakat adalah Lim Kit Siang dan juga PKR.

 

Ini kita  harus faham atas beberapa sebab.

 

Selepas Pakatan Harapan tumbang , Kes rasuah berkaitan DAP dan Lim Guan Eng telah dibuka semula.

Maka ini yang sangat membuatkan LKS marah dan hilang punca.

 

Satu satu “subjek” untuk menyerang Barisan Nasional , UMNO dan Najib ada lah isu berdasarkan skandal.

 

DAP bukan pejuang nasib rakyat seperti hal hal perumahan rakyat, kenaikan gaji kakitangan awam, kenaikan kos barang dan sebagainya, maka hanya skandal dan isu sebegini sahaja jadi mainan DAP.

 

Maka apabila anak LKS sendiri berada dimahkamah bagi menjawap kes rasuah terowong, maka DAP dan LKS seolah olah mati akal untuk memainkan isu skandal kerana akan menjadi bahan kritikan dan lawak kerana Lim Guan Eng sendiri sedang berhadapan kes rasuah terowong di mahkamah.


Maka itu sebabnya kemarahan LKS dan DAP membuak buak terhadap SPRM dan Azam Baki.

 

Bukan sahaja DAP tidak dapat bercakap lagi berkenaan rasuah dan kleptokrat , malah berkenaan moral politik pun DAP sudah hilang “locus standi’ untuk bercakap.

 

Dengan bermain isu pihak lain, DAP dapat mengelak nenjawap isu sendiri.

 

DAP rasa selamat selagi bola berada dikawasan pihak lawan.

 

Harus diingat LKS dan LGE masih tidak menjawap sepatah kata berkenaan kematian saksi utama kes rasuah terowong LGE.

 

Malah menyuruh disiasat pun tidak juga.

 

Ini kematian terjun bangunan kali kedua berkaitan saksi rasuah dan penyelewengan DAP.

 

Kematian saksi rasuah DAP kali pertama ada lah mendiang Teoh Beng Hock dan DAP berjaya menukar kes rasuah mereka kepada isu kematian TBH.

 

Memperbodohkan rakyat seolah olah ada keuntungan kepada SPRM jika saksi mati terjun sedangkan saksi adalah pemberi “advantage” kepada SPRM.

 

DAP juga tidak vokal berkenaan kes bekas Gabenor Tan Seri Zeti Akhtar Aziz yang didapati miliki RM700 juta wang dari Jho Low yang masuk kedalam akaun suaminya di Singapura.

 

Ini kerana dipercayai jika membuka kes Zeti bakal merosakan kes Datuk Seri Najib Razak.

 

Kenyataan kenyataan dalam perbicaraan kes Zeti boleh mendatangkan keraguan kepada kes DSNR.

 

Maka , nampak sangat lah DAP bermotif yang tidak baik dan sentiasa beragenda seperti Tun Mahathir yang sangat senyap dan bisu berkenaan kes kroninya yang masih belum dibuka buka lagi.

 

Kami di My-news.online berpendiarian, sama ada Azam Baki bersalah atau tidak adalah perkara lain, yang kami cuba tonjolkan ada lah sikap ‘hipokrasi’ DAP dan betapa jika kes berkenaan pihak lain amat laju mereka respon dan menekan, namun bila kes berkaitan mereka sendiri atau mendatangkan kerugian kepada mereka , mereka akan buat buat bodoh dan pura pura dungu seperti Tun Mahathir juga.

Leave a Reply