Wanita Culik Dua Anak Lelaki Sendiri Cuba Elak Terima Vaksin COVID-19

Hebahkan !!!
Gambar petugas kesihatan di Sepanyol sedang melakukan ujian saringan kepada orang ramai.

MADRID : Seorang wanita didakwa oleh bekas suaminya menculik dua anak lelaki mereka untuk menghalang daripada menerima vaksin COVID-19, menyerahkan diri kepada pihak berkuasa.

Sumber kehakiman memberitahu AFP, wanita berusia 46 tahun dikehendaki pihak berkuasa kerana menculik kanak-kanak bawah umur berusia 12 dan 14 tahun selepas bekas suaminya, yang tinggal berhampiran bandar selatan Seville, memfailkan aduan kepada polis pada pertengahan Disember lalu selepas membawa lari kanak-kanak terbabit tanpa kebenaran. ,

Lelaki itu berkata, dia tidak melihat anaknya sejak 4 November lalu apabila menerima surat daripada bekas isterinya menyatakan dia merancang untuk memindahkan sekolah mereka hanya beberapa hari selepas mahkamah memutuskan lelaki terbabit mempunyai hak untuk memutuskan perlu diberi vaksin.

Wanita itu menyerah diri kepada pihak berkuasa di Seville bersama dua anak mereka dan hakim memerintahkan dia direman dalam tahanan sementara menunggu pertuduhan.

Jurucakap pasukan polis Guardia Civil Sepanyol berkata, kedua-dua remaja bawah umur itu sudah diserahkan kepada bapa mereka.

Sepanyol bersama beberapa negara Eropah lain, mula memberikan vaksin COVID-19 kepada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun pada 15 Disember tahun lalu.

Negara ini tidak mempunyai gerakan anti-vaksin yang ketara, di mana 90 peratus daripada mereka yang berusia 12 tahun kes atas sudah menerima vaksinasi lengkap menjadikan ia satu daripada negara di Eropah yang mempunyai kasar imunisasi tertinggi.

Leave a Reply