PM Thailand Nafi Dijangkiti COVID-19

Hebahkan !!!
Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha.

BANGKOK : Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha tidak dijangkiti Covid-19, jurucakap kerajaan Thanakorn Wangboonkongchana mengesahkan perkara itu dan menafikan dakwaan mengenainya di media sosial.

“Beliau akan terus berkhidmat kepada rakyat,” katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Thanakorn berkata Prayuth menggesa orang ramai untuk mengikuti kemas kini dan maklumat terbaru berkaitan Covid-19 daripada Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 dan Kementerian Kesihatan Awam.

Sementara itu, Ketua Pembangkang Thanathorn Juangroongruangkit di akaun Twitternya menyatakan beliau disahkan positif Covid-19 selepas pulang dari luar negara.

Pemimpin Pergerakan Progresif itu berkata beliau kini sedang menjalani kuarantin.

Leave a Reply