Pakar Biologi Terkejut Temui Salji Boleh Mengeluarkan Cahaya Biru Di Russia

Hebahkan !!!

Negara Russia sering menjadi lokasi penemuan pelbagai benda luar biasa berkaitan alam semulajadi dan kini gempar penemuan salji yang boleh mengeluarkan cahaya berwarna biru.

Bulan lepas seorang Pakar Biologi Vera Emelianenko pergi berjalan-jalan di pantai Laut Putih jauh di bahagian Artic Russia dia menemui sesuatu yang luar biasa di dalam salji iaitu sesuatu yang mengeluarkan cahaya berwarna biru seperti lampu Krismas.

Ketika itu, bersama Emelianenko ialah Mikhail Neretin dan dua ekor anjing.

Neretin merupakan orang awal yang terlihat cahaya berkenaan. Apabila mereka datang lebih dekat untuk menyiasat, mereka sedar bahawa tapak kaki mereka meninggalkan kesan cahaya biru di dalam kepingan-kepingan salji berkenaan.

Anjing mereka yang berlari turut meninggalkan jejak yang sama di belakang.

Kemudian, mereka bersama dengan jurufoto mengambil masa 2 jam menghentak-hentak salji di sana untuk membuat ia mengeluarka cahaya dan gambar yang diambil kemudian tular.

Gambar sama turut dihantar dan dikongsikan antara saintis di Russia yang mana mereka semua tertarik dan terkejut dengan fenomena itu.

Keesokannya, Emelianenko mengambil satu bebola salji dan mengujinya di bawah mikroskop.

Apabila salji itu cair ia melihat sesuatu seperti hidupan halus di dalam laut. Apabila ia dicucuk dengan jarum ia mengeluarkan cahaya berwarna biru.

Ia dikenali sebagai kulat air dan biasanya ditemui di kedalaman laut sehingga 100 meter tetapi ia akan mengeluarkan cahaya hanya beberapa meter sahaja di paras laut ketika waktu malam.

Kalau dipantai ia akan mengeluarkan cahaya biru selepas ia dipukul ombak.

Salji yang boleh menghasilkan cahaya itu tidak pernah kelihatan di Stesen Bioloogi Russia walaupun ia sudah dibuka sejak 80 tahun lepas.

Kalau di Malaysia, itu yang dinamakan Blue Tears sejenis hidupan laut yang mengeluarkan cahaya biru. Ia amat popular di Kuala Selangor.

Mungkin pakar biologi itu boleh datang ke Kuala Selangor.

Leave a Reply