Korea Utara Buat Ujian Peluru Berpandu Hipersonik

Hebahkan !!!

PYONGYANG : Korea Utara berjaya menguji peluru berpandu hipersonik, lapor Xinhua, memetik laporan rasmi Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) pada Khamis.

Akademi Sains Pertahanan melancarkan peluru berpandu itu pada Rabu, dan bergerak sejauh 120 kilometer (km) sebelum mengenai sasaran sejauh 700 km dengan tepat, membuktikan kemampuan sistem bahan api baharu, menurut laporan itu.

Ia ujian peluru berpandu hipersonik kedua yang disahkan Korea Utara selepas melancarkan Hwasong-8 pada September.

“Kejayaan berturut-turut dalam ujian pelancaran peluru berpandu hipersonik mempunyai kepentingan strategik kerana ia mempercepatkan tugas dalam pemodenan sistem bersenjata negara,” tambahnya.

 

Leave a Reply