Jalan Kinabalu Hala Cheras Kembali Dibuka Untuk Pengguna Jalan Raya

Hebahkan !!!
Kerja pembaikan Jalan Kinabalu sedang dijalankan dengan giat selepas penutupan jalan itu.

KUALA LUMPUR : Jalan Kinabalu menghala Cheras kembali dibuka untuk pengguna jalan raya susulan kerja pembaikan dan pemulihan jalan berlubang.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh, berkata kerja itu selesai dilakukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada jam 11.50 malam tadi.

“Pengguna jalan raya boleh meneruskan perjalanan seperti biasa untuk sampai ke destinasi menggunakan laluan itu.

“Orang ramai mempunyai pertanyaan lanjut boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H S Lee di talian 03-2071 9999, Hotline JSPT Kuala Lumpur (03-20260267/69) atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Leave a Reply