Hebahkan !!!

 

JEDDAH – Penduduk tempatan berpusu-pusu melakukan perjalanan untuk menikmati salji terbaharu yang turun di barat laut Arab Saudi, lapor portal berita Arab News semalam.

Orang ramai di rantau Tabuk, dekat sempadan Jordan, terkejut apabila melihat padang pasir tandus diselimuti hamparan putih salji apabila mereka bangkit dari tidur pada 1 Januari lalu.

Orang ramai di rantau Tabuk, dekat sempadan Jordan, terkejut apabila melihat padang pasir tandus diselimuti hamparan putih salji apabila mereka bangkit dari tidur pada 1 Januari lalu.

“Setiap tahun, kami menunggu salji turun supaya kami dapat menikmati hidangan kabsa yang dimasak di atas salji oleh ibu saudara kami. Ia sudah menjadi tradisi keluarga ini,” kata Faris Al-Harbi yang merupakan seorang jurutera dan membesar di Tabuk kepada Arab News.

Arab Saudi sememangnya terkenal sebagai negara tandus tetapi suhu antara rantaunya berbeza-beza  berikutan kepelbagaian lanskap termasuk kawasan pergunungan, pulau, gurun, gua dan lembah.

Salji biasanya turun di kawasan pergunungan di utara Arab Saudi seperti Turaif, Tabuk, Arar, dan Rafha. Penduduk tempatan dan pelawat menuju ke rantau-rantau tersebut untuk bermain salji dan menikmati cuaca sejuk.

Selain Tabuk, bahagian barat daya negara itu  iaitu rantau Asir turut menyaksikan salji turun. Sementara itu, Pusat Meteorologi Kebangsaan mengeluarkan ramalan ribut petir dan angin kuat dijangka berlaku di  Asir, Jazan, Al-Madinah, Hail, dan Tabuk manakala lebih banyak salji diramal turun. – Agensi

 

 

 

Leave a Reply