Selain Anwar, Mukhriz Harus Nasihat Ayah Sendiri Juga

Hebahkan !!!

 Oleh : Sirajuddin Ahmad

Viral juga saranan dari Datuk Mukhriz Mahathir bahawa sudah tiba masanya Anwar mengundurkan diri dari Pakatan Harapan dan sekaligus undur dari politik.

Portal kami juga ada menulis berkenaan hal yang sama dalam beberapa artikel , namun dalam tulisan kami, mereka yang sama sama harus undur diri bersama Anwar dan Lim Kit Siang ada lah Mahathir ayah kepada Mukhriz.

Disini :-You searched for mahathir anwar lim kit siang — My NEWS ONLINE (my-news.online)

Ketiga tiga mereka sudah lama sangat dipersada politik tanahair yang mengakibatkan banyak kerosakan pada reputasi negara.

Amat pelik , Mukhriz hanya berani sarankan Anwar berundur dari Pakatan Harapan , tapi dalam waktu sama ayah sendiri tidak berani disuruh melakukan perkara yang sama.

Apa kah dalam jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun dan 22 bulan yang Mahathir boleh lakukan tapi dia tidak lakukan?

Apakah ketika mendapat kuasa mutlak dan ‘total” dari Barisan Nasional dan UMNO ketika menjawat jawatan Perdana Menteri , Mahathir tidak sempat lakukan dan dengan situasi politik hari ini dimana semua parti sudah berpecah Mahathir boleh lakukan?

Saranan Mukhriz nampak semacam ada rasional apabila menyeru Anwar berundur, namun bila di fikirkan ayahnya juga harus berundur secara total tapi Mukhriz tidak menyaran yang serupa maka nampak sangat janggal nya saranan Mukhriz.

Jika ada pihak seru agar Mahathir harus berundur, maka semua sudah tahu jawapan Mahathir, tidak lain tidak bukan , ‘ada orang mahu saya teruskan’, ‘ramai akan kecewa jika saya undur” dan macam macam lagi jawapan.

Jika Mahathir boleh beri jawapan sebegitu, maka usah lah Mukhriz hendak berharap Anwar tidak akan beri jawapan yang hampir sama.

Malaysia tidak boleh “move on” selagi Mahathir masih ada di belakang persada kuasa.

Mahathir ada lah “tumbling block” kepada kemajuan negara.

Mahathir menggunakan isu dan alasan untuk kekal dalam politik.

Walaupun lagu yang cuba dimainkan oleh Mahathir adalah “negara” , “bangsa’ dan sewaktu dengan nya, namun ia hanya kenyataan air liur sahaja.

Akhirnya yang terlihat ada lah ‘projek’ , “tender” , ‘kroni” dan ‘proksi’, itu sahaja.

Sambil itu Mahathir mahu terus menyibuk dalam politik atas sebab kepentingan perniagaan dan keselamatan diri dan keluarga.

Mahathir mahu kawal pemerintah untuk membantu dikekal atau di jatuhkan mengikut kepentingan nya.

Jiran jiran kita semua sudah ‘progress’ dan memecut jauh kehadapan, tapi Malaysia masih ‘stuck” dengan watak watak lapuk dan ‘outdated’ yang enggan berundur dari dunia politik.

Yang rugi adalah negara , kerana pemimpin pemimpin ini bukan sahaja sudah lama dalam politik, tetapi sudah “terlalu lama”.

Maka dalam ketika Mukhriz memberi saranan supaya Anwar undur dari PH, elok dan sesuai juga menyeru perkara yang sama terhadap ayah nya sendiri.

Leave a Reply