Najib tetap beri tekanan mahu pengeluaran I-Citra RM10,000

Hebahkan !!!

 

Alasan kerajaan untuk tidak mengizinkan pengeluaran wang rakyat sendiri dari simpanan mereka sangat tidak kukuh dan tidak munasabah.

 Masa depan rakyat sebenarnya di tentukan oleh rakyat itu sendiri , dan bukan oleh kerajaan.

 Nasib kerajaan dan jangka hayat nya juga di tentukan oleh undi dari rakyat.

 Dalam hal ini, Datuk Seri Najib Razak dilihat tetap konsisten mahu I-citra RM10,000 di luluskan oleh kerajaan walaupun kerajaan melalui Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri masih berpegang kepada pendirian tidak mahu meluluskan nya.

Malahan , ia bukan pendirian DSNR sahaja, ia juga pendirian UMNO sebagai sebuah parti.

Pendirian rasmi UMNO berkenaan I-citra di pandang sinis oleh pihak lain termasuk pemimpin UMNO yang condong kepada Parti Bersatu.

Akibat nya, isu pengeluaran wang KWSP I-citra mengakibatkan perpecahan dalam parti dan juga masyarakat.

Puak puak pro dan cons bertegang urat mengenai nya.

DSNR percaya wang boleh dijana jika bijak mengetahui caranya.

Jika kerajaan bijak menguruskan ekonomi, maka rakyat akan dapat limpahan.

DSNR tidak berbual sekadar teori  atau air liur semacam Tun Mahathir dan Pakatan Harapan sering lakukan, DSNR seorang yang praktikal dalam hal ekonomi.

 

Hasilnya, sebaik sahaja DSNR di tumbangkan , Mahathir dan PH dapat merasai ratusan bilion wang penjualan aset dari carian Najib ketika menjadi Perdana Menteri.

Berbanding dengan Tun Abdullah yang memikul beban hutang era Mahathir termasuk pampasan pampasan yang terpaksa dibayar seperti Jambatan Bengkok dan lain lain lagi.

Apapun isu yang hendak dibicarakan di sini adalah teori ekonomi DSNR menjana pusingan ekonomi di bawahan dan ia membawa impak kepada keseluruhan ekonomi negara. 

Ada juga pihak berpendapat, sebenarnya DSNR tahu ehwal kedudukan wang KWSP dan kemana pergi wang wang itu.

Maka DSNR sengaja memberi tekanan untuk pengeluaran I-citra supaya pihak yang membelanjakan wang KWSP berada didalam tekanan.

Namun, ini semua sekadar pendapat pihak tertentu sahaja.

Negara berada di persimpangan mana satu hendak di pilih, kerajaan ada wang tapi rakyat tiada wang , atau rakyat ada wang tapi kerajaan tidak ada wang.

Apa pun sebaik sahaja selepas Barisan Nasional di jatuhkan , tanpa sengaja terlihat begitu banyak aset yang boleh dijual, sambil itu banyak wang reserve dan simpanan yang muncul , sehingga ada RM600 bilion ketika darurat, bermakna sangat pemerintahan DSNR dan cara mengurus ekonomi tersangat baik.

Maka apa yang sesuai dan elok, ikut sahaja saranan orang yang sudah ada pengalaman seperti DSNR.

Leave a Reply