Guna dawai kokot untuk bungkus makanan boleh di denda sampai RM10,000

Hebahkan !!!

PENGGUNAAN paku pada pembungkusan makanan menjadi trend. Ia mungkin unik dan lain daripadayang lain.\

Paku kebanyakannya digunakan kaedah pembungkusan makanan seperti nasi.

Trend menggunakan paku itu bagaimanapun dianggap food hazard (makanan bahaya) kerana mendedahkan pengguna kepada risiko tertelan!

Tidak hanya paku, penggunaan dawai kokot juga berbahaya.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya memaklumkan tindakan tegas diambil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung trend itu. Berikut 10 info ringkas mengenainya:

1-KKM mengambil maklum tentang kekhuatiran semua pihak tentang bahaya trend kaedah pembungkusan makanan yang tidak selamat itu.

2-Di bawah Peraturan 37(2), Peraturan-Peraturan Makanan 1985 menyatakan tiada seorang pun boleh menyimpan, membawa, menyebarkan atau menggunakan apa-apa bahan asing, beracun, berbahaya atau merosakkan yang terkandung pada mana-mana makanan hingga boleh mendedahkan makanan yang hendak dijual kepada risiko pencemaran oleh bahan-bahan tersebut.

3-Selain itu, di bawah Peraturan 36, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 menyatakan pengendali makanan perlu memastikan pembungkusan makanan adalah bebas daripada apa-apa pencemaran termasuk bahan seperti paku yang boleh memudaratkan pelanggan atau pengguna.

 

 

Leave a Reply