Masyarakat Cina Mula Persoal Politik DAP.

Hebahkan !!!

 

 

Oleh : Sirajuddin Ahmad

Laluan DAP tidak semudah kali ini bila berhadapan dengan PRU15.

Dengan kekalahan “Back to Back” DAP pada PRN negeri Melaka dan Sarawak , jelas orang Cina bukan lagi ‘fixed deposit” DAP pada pilihanraya akan datang.

Pada Pilihanraya negeri Melaka DAP telah kehilangan kerusi tradisi dan kerusi “strong hold” mereka.

Kemudian DAP telah kehilangan wang deposit pada banyak kawasan yang mereka tanding di negeri Sarawak.

Pada beberapa PRK yang lalu, DAP juga mengalami kekalahan yang signifikan kepada rival mereka parti MCA.

Kali ini selepas PRU14 , pengundi Cina bukan lagi sesuka hati memejam mata memberi undi mereka bulat bulat kepada parti DAP.

Gandingan DAP bersama Tun Mahathir bukan lagi satu “advantage” kepada DAP , bahkan kini menjadi beban kepada DAP apabila orang Cina mula melihat Mahathir sebagai “individu” tidak boleh dipercayai dan perosak ekonomi.

Selain itu “brand” politik DAP sudah tidak laku lagi tambah lagi dengan dinasti Lim yang begitu lama mencengkam politik DAP.

Pada maljlis “World Chinese Econoi Forum” juga terlihat bahawa ahli ahli perniagaan sudah mula “fed up” dengn pendirian DAP yang merugikan ahli perniagaan.

Kepada mereka DAP bukan lagi parti yang perjuang “bread and butter” tapi perjuang perkara yang tidak berfaedah seperti akta akta, hak hak dan perkara yang tidak menguntungkan perniagaan.

Berpolitik lah macam mana pun , namun akhirnya , periuk nasi juga yang akan menjadi persoalan rakyat tidak kira dari parti apa pun.

 

Kesedaran masyarakat Cina terhadap perkara ini, mengakibatkan Pengerusi DAP Sarawak memohon maaf kepada rakyat berkenaan kesalahan DAP.

Chong Chen Jen akui antara sebab DAP di tolak adalah atas sebab mengecewakan rakyat dengan mungkir janji dan persembahan mengecewakan ketika menjadi kerajaan selama 22 bulan.

Dalam satu penulisan oleh seorang penulis politik tersohor tanah air – Joceline Tan , mempersoalkan mampukah DAP selesai kamelut yang melanda parti DAP sebelum PRU15?

 

 

Krisis imej DAP semakin merudum tambah lagi salah seorang dari dinasti Lim masih turun naik mahkamah dengan kes rasuahnya.

Jika Mahathir persoal kenapa orang Melayu masih mahu menyokong UMNO dengan pemimpin mereka terlibat rasuah, waima kes rekaan Mahathir,  sebenarnya secara tidak langsung Mahathir mengenakan orang Cina atas sebab majoriti orang Cina menyokong DAP dan pemimpin DAP pesalah rasuah berkali kali seperti Lim Guan Eng.

Malah lebih buruk lagi 90% orang Cina bersama pemimpin rasuah sedangkan orang Melayu berpecah kepada banyak parti dan bukan sahaja UMNO.

Majlis forum dunia WCEF menyaksikan orang Cina sedar siapa yang mentadbir ekonomi negara dengan lebih baik , lalu menjemput Datuk Seri Najib Razak membaca ucaptama persidangan.

Ia sekaligus mengenepikan politik persepi DAP dan Mahathir yang kiini semua sedar tidak bawa faedah kepada perniagaan dan ekonomi.

Dalam siri 22 bulan pemerintahan Mahathir dan DAP, apa yang dapat di lihat adalah kegelojohan Mahathir dan DAP untuk merebut kekayaan negara.

Berita negara jiran , indonesia mendapat ratusan billion pelaburan dari Arab dan China menyakitkan hati golongan perniagaan masyarakat Cina di Malaysia kerana imej Mahathir dan DAP masih di persada politik negara sangat “damaging’ untuk membuat pelabur masuk kedalam negara.

Banyak aset terjual tanpa di ganti dan rakyat tidak dapat apa apa.

Pada awal kemenangan PRU14, Pakatan Harapan masih di percayai dengan beberapa siri kemenagan di PRK, sehingga  rakyat sedar , PH hanya lah sebuah kerajaan penipu dan kuat bercakap dan tidak memberi apa apa faedah selain “bullshit” yang penuh dengan alasan.

PH masih dengan cerita 1mdb nya tidak henti henti dan apa yang ada di tangan rakyat di rampas sikit demi sedikit.

Kini sudah jelas dan terang, rakyat terutama nya masyarakat Cina sudah mula menyedari bahawa ekonomi negara akan terus melingkup selagi ada jenama semacam Mahathir, Tony Pua dan Keluarga Lim.

Pada pru15, pastinya sebahagian msyarakat berniaga kaum Cina , jika bukan semuanya, akan tunjuk kan kepada Mahathir , dinasti Lim dan DAP pintu keluar.

Leave a Reply