Hasil Peta Lukisan Dari Ingatan, Lelaki Diculik Berjaya Bertemu Semula Ibu Kandungnya

Hebahkan !!!

Seorang lelaki yang pernah diculik lebih 30 tahun yang lalu ditakdirkan bertemu semula dengan ibu kandung dan kelurganya selepas dia berjaya melakar peta kampung asalnya semasa kecil selepas diculik.

Portal Independent melaporkan lelaki itu Li Jingwei, diculik ketika berusia 4 tahun berhampiran dengan rumahnya di barat daya China dan kemudian dijual kepada satu keluarga lain beribu kilometer jauhnya.

Selama bertahun-tahun, dia berusaha semula mencari ibu kandungnya.

Pencarian dengan menggunakan pangkalan data Asid Deoksiribonukleik (DNA) juga gagal.

Diilhamkan oleh dua kisah berprofil tinggi, baru-baru ini, mengenai lelaki muda yang bersatu semula dengan ibu bapa kandung mereka dalam keadaan yang sama, Li memutuskan untuk beralih dengan memanfaatkan penggunaan internet.

Pada 24 Disember lalu, lelaki berusia 37 tahun itu menyiarkan gambar peta yang dilukis dengan tangan di Douyin, aplikasi seperti TikTok versi China dan meminta petunjuk mengenai lokasinya.

Lakaran terperinci kawasan tempat dia dibesarkan termasuk ciri-ciri seperti kolam kecil, hutan buluh, dan bangunan yang dipercayainya sebagai sekolah.

Dalam video yang dikongsi beribu-ribu kali dalam talian, Li berkata, dia sedang mencari rumahnya selepas dibawa ke Henan, di tengah China, oleh ‘jiran botak’ sekitar 1989.

Polis berjaya mengecilkan kawasan itu ke sebuah perkampungan kecil berhampiran bandar pergunungan Zhaotong di wilayah Yunnan, menurut South China Morning Post.

Selepas memberikan sampel darah yang sepadan dengan DNA seorang wanita di kampung itu, Li akhirnya bertemu semula dengan ibunya pada Tahun Baharu. Malanya, dia hanya bertemu ibunya sahaja kerana bapanya sudah lama meninggal dunia.

Li dilaporkan berterima kasih kepada mereka yang membantu menjejaki keluarganya sebelum pertemuan semula yang penuh emosi.

Dia menulis: “Selama 30 tahun menunggu, malam kerinduan yang tidak terkira banyaknya, dan akhirnya peta yang dilukis dengan tangan dari ingatan, ini memori sempurna selepas 13 hari.”

Leave a Reply