Gara-Gara Anak Main Genshin Impact, Bapa Terduduk Hutang Kad Kredit Lebih RM60,000

Hebahkan !!!

Jika bermain permainan video secara atas talian, kebiasaannya ada kemudahan tertentu di dalam permainan berkenaan yang perlu dibeli oleh pemain untuk mendapat keistimewaan tertentu.

Ada kalanya, item yang perlu dibeli itu harganya agak mahal dan kadar tukarannya dengan mata wang sebenar juga tinggi.

Ia boleh dibeli secara mudah dengan menggunakan perbankan atas talian, bayaran dengan kad kredit, kad debit atau e-dompet.

Seorang bapa di Singapura hampir terduduk dan mengucap panjang apabila mendapat tahu hutang kad kreditnya mencecah SG$20,000 (RM61,838).

Menurut sumber, pihak bank telah menghubungi lelaki tersebut untuk menyatakan bahawa ada 89 transaksi dibuat menggunakan namanya dengan jumlah tersebut.

Setelah siasatan dibuat terhadap kesemua 89 transaksi itu, lelaki bernama Lim itu mengenal pasti bahawa pembayaran tersebut dibuat dari akaun e-dompet anak perempuannya.

Menurut lelaki malang tersebut, akaun e-wallet itu disatukan dengan kad kreditnya untuk tujuan transportasi terhadap anaknya yang baru berusia 18 tahun.

Sebaliknya, kelebihan itu digunakan anaknya untuk ‘membeli-belah’ di akaun Genshin Impact peribadinya sejak Ogos hingga Oktober.

Untuk mereka yang tidak tahu, Genshin Impact merupakan permainan berkonsepkan role-playing game (RPG) di mana para pemainnya boleh mengembara ke dunia fantasi bernama Tevyat.

Permainan ini kini dikenali ramai kerana kualiti seni grafik yang digarap baik serta pelbagai pengembaraan yang boleh dilalui oleh para pemainnya.

Namun seperti permainan lain, para pemain boleh membelanjakan duit mereka untuk item tertentu untuk perkembangan watak yang lebih laju.

Lim bagaimanapun berjaya mengurangkan hutang tersebut sebanyak 10,000 SGD (RM 30,000) melalui ihsan daripada pihak bank, di mana mereka menggesa lelaki itu supaya lebih berhati-hati dalam perkara seperti ini.

Leave a Reply