Tesla menarik balik hampir 500,000 kereta

Hebahkan !!!
Gambar hiasan. - Foto AFP

NEW YORK: Tesla memanggil semula hampir 500,000 kenderaan elektrik berikutan masalah ruang penyimpanan yang meningkatkan risiko kemalangan, menurut pengawal selia keselamatan kenderaan Amerika Syarikat (AS).

Syarikat kereta elektrik Elon Musk itu sudah dua kali menarik baik kenderaan buatannya secara berasingan untuk menangani isu kegagalan kamera pandang belakang yang menyebabkan bonet depan terbuka tanpa dijangka.

Syarikat itu memaklumkan kepada pemilik akan membetulkan

Pengawal selia memaklumkan perkara itu kepada Tesla pada 21 Disember lalu manakala Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) secara rasmi mengakui isu itu Rabu lalu.

Penarikan balik yang lebih besar menjejaskan lebih daripada 355,000 kenderaan Model 3 yang mana pembukaan dan penutupan ruang bagasi berulang kali boleh merosakkan kabel menyambungkan kamera pandang belakang.

“Ketiadaan paparan kamera pandang belakang mungkin menjejaskan pandangan belakang pemandu dan meningkatkan risiko perlanggaran,” menurut laporan penarikan semula keselamatan NHTSA itu.

Leave a Reply