Tahun 2022 : Politik “Old School” Mahathir , Anwar dan Lim Kit Siang Sudah tidak Sesuai lagi.

Hebahkan !!!

 Oleh : Sirajuddin Ahmad

Selamat Tahun 2022.

Negara bercerita tentang undi anak muda, tetapi , sambil itu “ anak lanjut umur” pula masih enggan undur dari politk.

Negara lain tidak memiliki masalah seperti Malaysia.

Di Malaysia masih ada ahli politikus era “dinosor” masih enggan berundur.

Dulu arwah Shanon Ahmad ada menulis sebuah novel kontroversial berjodol ‘SHIT”.

Agak memualkan juga jalan ceritanya apabila kepala najis enggan keluar , maka najis najis lain tidak dapat keluar , tulisnya.

Ia bercerita berkenaan bila seseorang yang sudah lama dalam jawatan enggan undur, maka yang kemudian tidak dapat bergerak keatas.

Ironinya yang menulis sudah meninggal dunia , yang ditulis masih lagi hidup dan masih berpolitik.

Kini, kita sudah sampai menyambut tahun baru.

Namun, watak watak lama masih lagi berpolitik dan enggan berundur.

Anwar Ibrahim masih enggan berundur, Mahathir masih enggan berundur, dan Lim Kit Siang masih enggan berundur.

Anwar tidak mahu undur sebab masih belum dapat merasai jawatan Perdana Menteri.

Mahathir enggan berundur demi hendak memastikan Anwar ibrahim tidak dapat jawatan Perdana Menteri.

Lim Kit Siang enggan berundur , kerana mahu memastikan anaknya masih berkuasa dan tidak masuk penjara.

Apa pun ketiga tiga mereka ini sudah boleh di kira sebagai ‘ubat sudah lupus tarikh’ dan tidak releven lagi.

“Kebergunaan’ mereka sudah tiada lagi untuk rakyat.

Ketiga tiga mereka ini sudah pernah jadi pembangkang dan juga kerajaan.

Apa lagi yang belum dicapai dalam kedua dua kedudukan?

Bagaimana negara hendak maju, jika pengamal politik lapuk dengan sejarah bergsesel sama sendir seperti Lim Kit Siang , Mahathr dan Anwar masih ada lagi menyibuk?

Apa guna rakyat melaung politik anak muda jika yang hendak dipilih adalah orang orang tua yang enggan berundur?

 Malaysia sudah tidak lagi boleh menghadapi dunia luar dan politik antarabangsa dengan imej kepimpinan negara masih ada pengaruh pemimpin yang sepatutnya “phase out” dari politik tanahair.

Brand politik orang orang orang sebegini sudah tidak sesuai, rakyat perlukan nafas baru untuk berhadapan dengan tahun baru yang mencabar.

 

 

 

Leave a Reply