Peminat Ikan Koi Sanggup Beli Ikan Mahal Itu Dengan Harga RM300,000

Hebahkan !!!
Ini ialah ikan yang dibeli oleh Mohd Zulkifli dengan harga RM300,000.

Kalau dah kerana minat yang amat mendalam, apa sahaja sanggup dilakukan dan wang juga sanggup dihabiskan dengan jumlah yang banyak.

Seorang peminat ikan koi yang berkualiti tinggi dari Chukai, Kemaman sanggup mengeluarkan wang yang diterima hasil jualan tanah untuk membeli ikan koi yang berharga RM300,000 seekor.

Ikan koi dari jenis Sakai Kohaku itu dibeli dari Sakai di Jepun merupakan antara ikan koi terbaik dan kerap memenangi pelbagai pertandingan ikan koi di dunia.

Mohd Zulkifli Husin, 46, atau lebih dikenali dengan panggilan Usop Cerek dari Kampung Gong Pauh mengakui dia ialah peminat tegar ikan koi dan bergiat aktif dalam bidang penternakan ikan koi itu sejak tahun 2015.

“Saya menjual tanah semata-mata untuk membeli ikan koi Sakai Kohaku yang berkualiti tinggi itu.

“Sekarang ikan koi itu masih berada di Ladang Ikan Koi Sakai, Jepun dan kerap ditawar untuk dibeli peminat ikan koi lain dan terbaru ditawar dengan harga RM450,000.

“Tetapi, saya tidak bersedia untuk menjualnya lagi kerana harga pasaran semasa ikan koi itu mencecah RM600,000 seekor,” katanya.

Tambahnya, dia sengaja tidak membawa pulang ikan koi itu ke Malaysia kerana ingin menyertai pelbagai pertandingan ikan koi yang dianjurkan di Jepun.

“Jika saya membawa pulang ikan koi itu ke Malaysia, harga dan nilai eksklusifnya akan menurun selain sukar untuk memperoleh pembeli yang berani membeli ikan itu mengikut harga pasaranya.

“Buat masa sekarang, biar ikan koi berkenaan dibela di Jepun dan peluang untuk menjualnya semula adalah sangat tinggi kerana peminat ikan koi di seluruh dunia tertumpu di sana,” katanya lagi.

Di samping itu, menurut Usop Cerek, dia memiliki kira-kira 40 ekor ikan koi pelbagai jenis di kolam rumahnya termasuk, Omosako Shiro Utsuri, Doitsu Showa, Benikiko, Sanke Sakai, Dainichi Showa dan Momotaro Kohaku yang bernilai lebih RM500,000.

“Harga ikan koi yang diternak di kolam ikan koi di rumah saya sekarang berharga RM20,000 hingga RM60,000 seekor dengan kos makanan dan vitamin RM2,000 sebulan,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Leave a Reply