NAJIB Sekolahkan Lim Kit Siang Tentang Kes Selektif

Hebahkan !!!

 

Oleh : Sirajuddin Ahmad

Tiada kejujuran politik langsung jika sesuatu isu dan kenyataan itu datang dari orang seperti Tun Mahathir dan Lim kit Siang.

 Jika Tun Mahathir baru baru ini menyentuh tentang negara dengan kenyataan bahawa negara menuju kehancuran dan bakal bertaraf “failed state” , ia sebenarnya satu cara Mahathir cuci tangan dan lepas tanggungjawap akibat perilakunya sendiri.

Dengan kenyataan sedemikian, Mahathir “put blame on others” atas sebab dia sendiri pemegang saham besar kehancuran negara.

Negara sedang berada dilandasan yang betul dengan pelan transformasi pelbagai pasarana dari sistem pengangkutan negara , transformasi bandar dan pelbagai transformasi lagi.

Malah pasarana untuk generasi akan datang juga ada tranformasinya ia itu TN50.

Jika wawasan 2020 yang dicpita Mahathir ikut acuan diri sendiri , TN50 pula ikut acuan yang di kehendaki oleh generasi akan datang.

Pada TN50, Kerajaan bertanya kepada generasi akan datang apa yang mereka mahu ada kepada negara dengan  membuat kempen keseluruh negara untuk memberi penerangan dan kemudian anak anak muda datang memberi “feedback’ apa yang mereka mahu.

Begitu lah laluan disedia kan untuk negara dan generasi akan datang oleh Barisan Nasional dan Najib, tapi Mahathir sebagai “spoiler” datang dengan rekaan kes 1MDB nya untuk jatuhkan kerajaan yang tidak memberi faedah kepada perniagaan kroni dan anak beranaknya.

Akhirnya hancur sebuah impian untuk rakyat dan rakyat tidak dapat apa apa feadah dari kerajaan 22 bulan Mahathir.

Maka kata kata Mahathir hanya sebagai penghabis air liur sahaja tanpa memberi kesan kepada periuk nasi rakyat.

Skandal 1MDB yang dicipta Mahathir tidak mendatangkan faedah kepda dapur rakyat.

Mahathir cuba bercakap sebagai solusi , di mana sebenarnya Mahathir adalah sebahagian dari masalah negara.

Berbalik kepada isu Lim Kit Suang pula, sebenarnya Lim Kit Siang sudah tidak releven lagi dengan politik brand zaman silam nya.

Baru baru ini, demi hendak menunjukkan politiknya releven . Lim Kit Siang cuba membngkitkan isu Ketua Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia  (SPRM) Azam Baki dengan isu miliki saham bernilai jutaan ringgit di BSKL.

LKS membidas Azam dan mahu di ujudkan RCI dan siasatan berkenaan nya.

Mungkin ada asas juga jika mahu KP SPRM di siasat, seperti kata Datuk Seri Najib Razak, namun persoalan juga menyusul.

 

Kenapa LKS begitu teruja apabila kes kes seperti ini muncul, tapi apabila kes seperti saksi rasuah anaknya Lim Guan Eng mati terjun bangunan tidak pula di suruh buka siasatan cara RCI ? tanya DSNR.

 Ini kali kedua saksi rasuah DAP mati cara yang sama .

Kemudian, kes besar dan begitu nyata ada kesalahan besar baik dari segi “salah guna kuasa’ dan ‘penyelewengan kuasa”   bekas Gabenor Bank Negara Tan Seri Zeti Akhtar tidak pula LKS mahu mendesak supaya disegerakan siasatan dan membuka kes nya?

 Kes wang 1MDB sejumlah RM700 juta masuk kedalam akaun keluarga Zeti, tidak pula LKS desak untuk di buka segera , sama ada RCI atau mahkamah biasa.

Menyembunyi maklumat tentang penyelewengan wang 1MDB oleh Gabenor dan bekas Gabenor BNM sehingga hari ini beri kesan kepada negara dengan pelabur enggan masuk melabur secara besar besaran akibat badan kewangan negara tidak telus dan menyembunyikan penyelewengan staff mereka.

Pelabur tahu BNM di pengaruhi individu tertentu dan juga  begitu juga sistem kewangan negara.

Maka LKS elok undur diri dari politik negara atas janji yang dibuat sendiri apabila Mahathir menipu dengan memungkiri janji serah kuasa kepada Anwar dalam masa dua tahun dan LKS janji akan berundur jika Mahathir tidak tunai janji.

Itu sebagai janji, sila tunaikan dulu.

Kini, hentilah dengan cara berpolitik cara lapuk dan “scandal base” , cara yang sudah dibenci oleh rakyat.

LKS dan DAP sama sahaja, bukan utamakan seluruh rakyat tapi utama kan perjuangan selektif yang tidak membawa faedah.

Kami pasti LKS sama juga seperti Mahathir, tidak akan menjawap kritikan Najib.

Leave a Reply