Sampai Lari Panjat Pokok Enggan Disuntik Vaksin COVID-19

Hebahkan !!!
Lelaki yang melarikan diri, dalam bulatan merah.

Seorang lelaki di daerah Puducherry di India mengelak untuk disuntik vaksin COVID-19 sampai sanggup memanjat pokok yang tinggi untuk melarikan diri.

Video yang dikongsikan di Twitter pada 28 Disember lepas menular dan viral begitu pantas di media sosial serta mencetuskan kebimbangan bahawa kesedaran tentang kepentingan vaksinasi dalam kalangan penduduk di India masih rendah.

Dalam video yang viral, lelaki itu boleh dilihat sedang duduk di atas pokok berhampiran rumahnya sementara petugas kesihatan ada di bawah memujuknya untuk turun ke bawah dan menerima suntikan.

“Saya tak nak disuntik, awak tak boleh tangkap saya,” kata lelaki itu.

Sebagai sebahagian daripada sasaran kerajaan tempatan Puducherry untuk mencapai 100 peratus kadar vaksinasi, pekerja kesihatan kini membuat lawatan dari rumah ke rumah untuk memberikan suntikan kepada mereka yang masih belum menerimanya.

Kejadian ini berlaku ketika petugas kesihatan melawat Kampung Konnerikuppam apabila mereka mendapati ada seorang lelaki masih belum menerima lagi suntikan vaksinnya.

Sebaik melihat kelibat petugas kesihatan, lelaki itu keluar dari rumahnya dan memanjat pokok dan enggan turun, demikian menurut laporan Indian Express.

Pejalan kaki yang ada di situ juga cuba memujuknya turun sambil memberitahunya kepentingan untuk mendapatkan vaksinasi.

Bagaimanapun, lelaki itu langsung tidak berganjak.

Akhirnya, petugas kesihatan hanya beredar dan membiarkan lelaki itu.

Ini bukan kes pertama orang melarikan diri dari disuntik di India. Beberapa minggu lepas, seorang wanita di Mettupalayam juga di Puducherry menghalau petugas kesihatan yang datang untuk memberikan suntikan kepadanya.

Dia berpura-pura sedang dirasuk oleh Dewa Hindu Mariamman.

Leave a Reply