44 ‘mat motor’ ditahan atas pelbagai kesalahan

Hebahkan !!!

GEORGETOWN: Mengubah suai motosikal, nombor plat ‘fancy’ dan ekzos bising antara kesalahan dikesan Polis Pulau Pinang dalam pemeriksaan di sekitar daerah Timur Laut di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, berkata kesemua 44 penunggang motosikal berusia lingkungan 20 hingga 30-an itu diperiksa di empat inap desa berasingan di sekitar Batu Ferringhi dan Georgetown menerusi operasi bermula jam 4 petang semalam

“Pemeriksaan mendapati ada antara mereka datang dari Selangor, Perak dan Johor dengan menunggang motosikal ke Pulau Pinang.

“Mereka datang bersama kumpulan antara lima hingga 20 penunggang namun ada seorang daripadanya yang mengaku menunggang motosikal bersendirian dari Pahang,” katanya kepada media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, di sini, semalam.

Mengulas lanjut Soffian berkata, motosikal dibawa ke balai polis untuk disita dan dilakukan ujian tahap pencemaran bunyi oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).

“Kebanyakan motosikal yang disita adalah jenis Yamaha RXZ dan kita akan siasat mengenai tujuan mereka ke Pulau Pinang sama ada bagi menyertai lumba haram atau sebaliknya.

“Kita tidak menolak kemungkinan bahawa mereka sudah berjanji untuk berkumpul di inap desa berkenaan.

“Dijangka kita akan keluarkan lebih daripada satu saman, sita motosikal dan seterusnya dikenakan tindakan mahkamah,” katanya lagi.

Soffian turut menyertai operasi bersepadu berkenaan yang dijalankan sehingga awal pagi tadi di lokasi tumpuan orang ramai.

Operasi membabitkan seramai 1,000 pegawai dan anggota polis seluruh Pulau Pinang itu dilakukan bagi memastikan orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk undang-undang lalu lintas.

Berita Harian.

Leave a Reply