Rombakan Kabinet Tidak Perlu Jika  Menteri kerajaan gagal masih Ada.

Hebahkan !!!

Oleh : Sirajuddin Ahmad

Usah teruja dengar khabar angin berkenaan ada “Cabinet Reshuffle” pada kerajaan Datuk Seri Ismail Sabri yang sedia ada.

Mungkin ia sekadar berita untuk menyejuk kan hati rakyat yang sedang marah membara kepada kerajaan Perdana Menteri Ismail Sabri akibat layanan kelas tiga kepada mangsa banjir oleh kerajaan nya.

Sambil itu penolakan I-citra RM10,000 menambahkan api kemarahan rakyat apabila wang mereka sendiri tidak dapat membantu mereka.

Rakyat sangat sangsi dengan alasan yang diberi kerajaan untuk tidak meluluskan nya

Maka apabila khabar angin menyebut Datuk Seri Ismail Sabri akan merombak kabinetnya , persoalan timbul , beranikah DSIS buat rombakan “radical’ ? atau sekadar hendak menunjuk kan dia peka dengan rungutan rakyat bahawa menteri menteri tertentu tidak “perform”?

 

Mana mungkin semua kementerian sudah capai KPI 90% seperti yang di umumkan baru baru tetapi sebalik itu , ada Menteri yang hendak di pecat dan diganti?

Apakah sebenar KPI 90% hampir semua kementerian sekadar wayang sahaja?

Persoalan paling penting, beranikah DSIS sentuh kementerian yang di perguna kan pihak tertentu untuk menekan UMNO dan pemimpin UMNO , di serah kepada menteri UMNO yang Pro UMNO?

Jika bukan di serah kepada menteri UMNO pro Parti UMNO, menukar kepada menteri UMNO pro PPBM juga akan di anggap hanya wayang juga..

Ini kerana mereka terlebih Bunga dari Bunga.

Apa pun kami yakin berita DSIS mahu merombak kabinet hanya sekadar berita untuk tenteram kan hati rakyat, dan jika dilaksanakan tiada perbuhan besar pun.

DSIS dilihat masih kuat di pengaruhi oleh individu seperti Muhyiddin Yassin dan Haji Hadi Awang , dan tidak mungkin berani sentuh “portion” untuk parti PPBM dan PAS.

Rombakan sebenar bermaksud untuk membaik pulih dan jika sekadar “window dressing” ia tidak perlu.

Tambah lagi , jika ada rombakan kabinet ia contoh  keputusan”flip-flop” selepas pencapaian 90% KPI.

Jika Menteri “A” tidak “perform” di kementerian “A” apa guna ia di tukar ke kementerian “B” pula?

Yang bermasalah ada lah menteri tidak cemerlang, bukan kementerian tidak cemerlang.

Rakyat harus maklum bahawa perlantikan Menteri berdasarkan pembahagian dan peratus kuasa dalam kerajaan dan bukan atas sebab mereka layak pada jawatan itu.

Apa pun kami di my-news.online tetap menganggap berita angin hendak merombak kabinet sekadar wayang sahaja, dan jika ada rombakan , ia bukan di buat secara menyeluruh, tapi sekadar “minor reshuffle” yang tiada impak dan kesan besar.

Kami percaya DSIS tiada “political will” untuk membuat perubahan radikal dan maksimum , atas sebab terikat dengan perjanjian dengan pemimpin parti tertentu.

Leave a Reply