Rombakan Kabinet Ismail Sabri, Adakah Akan Berlaku?

Hebahkan !!!

Secara tiba-tiba kini ada berita yang bermain dalam laporan portal berita tentang rombakan kabinet yang akan dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam masa terdekat.

Persoalannya adakah ia akan berlaku?

Ini kerana ada banyak persoalan yang muncul bahawa Ismail Sabri tidak berani melakukan perubahan pada barisan kabinetnya disebabkan alasan tertentu.

Barisan kabinet pentadbiran Ismail Sabri diumumkan pada Ogos lepas dan kini sudah lebih 100 hari kabinet ini bekerja menjalankan amanah tugas untuk pembangunan negara dan kebajikan rakyat.

Ada yang berpendapat sudah sampai masanya, Ismail Sabri duduk dan meneliti semua kad laporan prestasi para menteri dan timbalan menteri seterus buat perubahan mana yang patut supaya kerajaan kekal diterima rakyat.

Dikatakan rombakan kabinet akan berlaku seawal bulan depan dan ada satu sumber dalaman UMNO berkata rombakan berkenaan tidak akan dilakukan secara besar-besaran.

Kerusi menteri yang dikatakan panas mungkin dari Perikatan Nasional.

Dalam pentadbiran mana-mana Perdana Menteri sebelum ini pun, pasti ada desas desus rombakan kabinet akan muncul pada mana-mana masa pentadbiran kerana ia begitu hangat dan gemar dibahaskan dalam kalangan pemerhati politik.

Rakyat tidak mahu jika ada menteri atau timbalan menteri yang jelas tidak menunjukkan prestasi memberangsangkan tetapi masih kekal memegang jawatan berkenaan kerana hasilnya akan tetap sama.

Kesimpulannya, dalam hal berkaitan rombakan kabinet ia adalah kuasa mutlak Perdana Menteri untuk menentuka siapa yang akan menjalankant tugas sebagai menteri dan timbalan menteri.

Sebagai pemerhati politik, kita tunggu dan lihat sahaja apa yang akan berlaku dalam masa terdekat ini nanti.

Leave a Reply