Sudah Muncul Tahun 2022 , Skandal Keluarga Zeti Apa Cerita?

Hebahkan !!!

 

Polis DiRaja Malaysia telah umum Siasatan terhadap laporan Polis Singapura dari awal bulan Mac 2021.

Laporan dari kerajaan Singapura sampai ke Bank Negara Malaysia dari tahun 2015/2016.

Sehingga tarikh ditulis ini belum ada khabar berita dan kenyataan “follow up” dari siasatan berkenaan kisah wang milik 1MDB sejumlah RM700 juta masuk kedalam akaun milik suami Bekas Gabenor Bank Negara di Singapura.

Sambil itu, kes Datuk Seri Najib berjalan lancar dan sudah masuk ke fasa terakhir.

Apa sebenar nya yang belenggu kan siasatan skandal keluarga Zeti ini?

Ketika Tun Mahathir jadi Perdana Menteri kerajaan gagal , hampir setiap hari ada pihak muncul beri kenyataan berkenaan kes 1MDB.

Jika bukan PDRM, SPRM pula buat Press conference , jika bukan SPRM pemimpin DAP, jika tidak pemimpin DAP seperti Tony Pua atau Lim Guan Eng ada sahaja wakil wakil dari Pakatan Harapan atau pihak  yang seangkatan dengan nya membuat kenyataan berkaitan 1MDB asalkan kes itu hidup dan terus jadi bualan.

Selain mahu bermain persepsi , ia juga bertujuan menanam minda rakyaat bahawa DSNR sudah bersalah dan hanya menunggu hukuman sahaja.

 

Kini, dengan kuasa tuhan, muncul pula kes dan skandal keluarga Zeti dengan wang “haram” RM700 juta dari Jho Low masuk ke dalam akaun sulit di Singapura.

Apakah kedudukan siasatan sekarang?

Sudah di tahap mana siasatan?

Adakah cubaan “cover up” sedang dilakukan?

Ini kerana di yakini, perbicaraan jika di buka akan ‘upsett’ kan kes DSNR dan menjadi “advantage” kepada DSNR atas sebab kenyataan kenyataan mereka yang terbabit dapat di rumuskan mereka berpakat untuk mengenakan DSNR.

Tun Mahathir memberi “hint” dirinya terbabit dan mengetahui banyak dengan langsung tidak berani suruh PDRM segerakan siasatan.

Ia “giveaway” bahawa Mahathir cuba pejam mata kepada skandal ini dan dia bakal terkait sama.

Tidak masuk lojik akal dan fakta jika kes RM42 juta di bank-in oleh pihak lain menjadi kes besar dan mampu penjarakan DSNR, namun sebaliknya, wang sejumlah RM700 juta masuk kedalam akaun peribadi Taufeq Ayman yang dijaga sendiri tidak menjadi kes pula.

Undang undang apa yang mampu penjarakan DSNR tapi tidak mampu penjarakan Suami Zeti atas terima wang dalam akaun nya?

Ramai juga pencuci najis pro Mahathir cuba menjawap dan menjelaskan skandal ini dengan memberi alasan alasan dan jawapan, namun ia sekadar “hearsay” sahaja dan tidak di ‘challenge” dengan pembuktian di mahkamah.

Ramai juga netizen mencabar “jawap lah di mahkamah” bukan di medsos , jika ada kebenaran.

Apa pun beberapa hari lagi sudah tahun baru 2022, adakah puak pro Mahathir akan harap rakyat melupakan berkenaan skandal ini?

Jika bersungguh sungguh dengan kes DSNR kenapa pula tidak bersungguh sungguh dengan skandal Zeti?

Wang di pulangkan setelah akuan SD keluarga Zeti di tandatangan membuktikan lojik proMahathir hanya bertaraf sampah sahaja, jika ia wang halal berniaga seperti sampah sarap Mahathir jelaskan, kenapa ia perlu di pulangkan?

Jika ia bukan kesalahan kenapa pula pihak CAD dan Polis Singapura membuat siasatan dan merampas wang itu?

Ada banyak bank di Malaysia , kenapa buka akaun di Singapura?

Skandal ini bakal meruntuhkan seluruh kartel dan rangkaiannya jika ia dibuka.

Jika tidak di buka pula ia membuktikan bualan rakyat bahawa “orang” tertentu memang terbabit dan sebab itu lah kes sangat lembab dan sukar untuk di buka.

Skandal Zeti dan keluarga ada lah”elephant in the room” bagi mana mana pihak yang hendak promosi ketelusan, anti -rasuah dan konon nya anti kleptokrat.

Skandal ini juga mencemarkan institusi Bank Negara kerana tidak bertindak atas laporan.

Tidak menghairankian apabila kerajaan tidak di hormati negara luar apabila persidangan dan forum bertaraf dunia menjemput DSNR membaca “key note address’ nya.

Ini kerana negara luar tidak hormat integriti kepimpinan dengan “selective presecution” nya yang hanya mengenakan musuh politik sambil lindung proksi dan orang orang mereka.

Sambil itu integriti PDRM, SPRM akan di-persoalkan seperti hancurnya integriti LHDN pada kes cukai DSNR di mana laporan Polis telah dibuat oleh DSNR berkenaan kiraan cukai tipu dan selitan dokumen palsu arahan “orang politik”

Akhir kata Selamat menyambut tahun Baru 2022 , dan semoga skandal Keluarga Zeti akan di buka pada tahun hadapan tanpa alasan.

Leave a Reply