Selepas Banyak Berita Bertanyakan Dimana, Barulah Muncul Seorang Demi Seorang

Hebahkan !!!
Gambar Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin melawat beberapa lokasi banjir di Hulu Langat sambil bertemu mangsa di sana pada 28 Disember 2021.

Selepas tular beberapa laporan berita dari portal tempatan tentang keberadaan beberapa pemimpin parti dalam negara ketika bencana banjir melanda negara, barulah muncul seorang demi seorang berada di lokasi mangsa banjir.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) sejak bencana banjir bermula pada 18 Disember, kali terakhir dilihat di khalayak awam ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu.

Kemudian, Muhyiddin tidak kelihatan dan dikatakan berada di sebuah pusat peranginan di sebuah pulau di Perak.

Sehari selepas berita my-news.online pada 27 Disember lepas, Muhyiddin kemudian melawat Kampun Jawa dan Kampung Sungai Lui di Hulu Langat bersama Skuad Prihatin Bersatu.

Hulu Langat merupakan antara kawasan yang teruk dilanda banjir tetapi ketika Muhyiddin tiba air sudah pun surut dan hanya kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan.

Begitu juga dengan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang ditanya di mana beliau berada susulan beliau dikatakan bercuti di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Bagaimanapun, selepas banyak berita mengenai pertanyaan di mana lokasi beliau, terus beliau pulang ke Malaysia dari Dubai.

Beliau berkata beliau hanya ada masa 12 jam di sana menghabiskan masa dengan keluarga.

Kini, Ahmadi Faizal dikatakan sedang berdepan isu melanggar prosedur operasi standard (SOP) berkaitan kuarantin selepas kembali ke Malaysia.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga pada awalnya tidak berada di lokasi banjir tetapi selepas ada beberapa berita bertanyakan di mana lokasinya, baru-baru ini beliau muncul dan melawat Kem Batu Tiga di Temerloh, Pahang.

Difahamkan kebanyakan pemimpin ini bercuti seperti kebiasaanya ketika masa hujung tahun menghabiskan masa bersama keluarga.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini sudah mengarahkan mana menteri yang ada perancangan untuk bercuti di luar negara elok dibatalkan yang mana sedang berada di luar negara supaya balik segera ke Malaysia.

Leave a Reply