Wanita Turki Kahwin Dengan Lelaki Sama Yang Campak Asid Ke Mukanya

Hebahkan !!!

Seorang wanita berusia 20 tahun di Turki mencetuskan gempar di alam maya selepas berkahwin dengan lelaki sama yang mencampakkan asid ke mukanya sehingga menyebabkan dia hampir buta.

Wanita itu, Berfin Ozek berkahwin dengan Casim Ozan Celtik, lelaki yang melakukan perbuatan itu ke atasnya beberpa tahun lepas selepas mereka putus cinta.

Pasangan itu sudah lama bercinta sebelum ini sehinggalah berlaku satu pertengkaran sehingga mereka putus tetapi Casim mendakwa, jika dia tidak dapat memiliki wanita itu tiada siapa boleh.

Dia buat keputusan menyerang wanita itu dengan asid. Serangan itu merosakkan wajah Berfin dan menyebabkan matanya hampir tidak dapat melihat.

Berfin dan Casim ketika sedang menandatangani daftar perkahwinan mereka di Turki.

Bagaimanapun, dia kemudian memaafkan lelaki itu, jatuh cinta kembali dan bersetuju menerima lamaran.

Selepas serangan, wanita itu membuat laporan polis sehingga Casim ditahan tetapi selepas itu dia menghantar banyak pesanan teks kepada Berfin meminta maaf termasuk memasukkan kenyataan memohon maaf di dalam pengakuannya di mahkamah.

Ia menyebabkan Berfin menarik semula laporan polis terhadap lelaki itu.

“Saya tidak selesa apabila dia berada di balik dinding penjara. Kami kerap berutus surat, saya menyayanginya dan dia juga amat meyayangi saya,” katanya.

Tindakan Berfin menarik balik laporannya menyebabkan warga internet mengecamnya kerana memaafkan lelaki sedemikian sehingga dia bertindak memfailkan semula laporan.

Mahkamah di wilayah Hatay, Turki mensabitkan Casim di atas kesalahan itu dan menjatuhkan hukuman 13 tahun penjara ke atasnya.

Kedua-duanya kekal berhubung sehinggalah ada pertukaran dalam undang-undang Turki ekoran pandemik COVID-19 yang membolehkan Casim dibebaskan awal hanya selepas 2 tahun menjalani hukuman.

Dia segera melamar Berfin selepas dibebaskan dan dia menerimanya seterusnya berkahwin.

 

Leave a Reply