Video Kanak-Kanak Miskin Terima Hadiah Di Lampu Isyarat Buat Hati Terharu

Hebahkan !!!

Satu video di Twitter yang memaparkan babak kemanusiaan yang masih bersisa dalam kehidupan manusia mencetuskan rasa terharu dalam kalangan netizen.

Kejadian berkenaan dikongsikan dalam satu video oleh Pengguna Twitter @viajempdernidos dan video berkenaan mendapat kira-kira 1.1 juta tontonan.

Ia menunjukkan satu kejadian di perhentian lampu isyarat apabila ada seorang kanak-kanak yang meminta sedekah dari kereta ke kereta sambil menawarkan khidmat mengelap kereta dengan kain.

Saat mengharukan ialah apabila kanak-kanak di dalam satu daripada kereta itu menurunkan tingkap dan memberikan mainan jentolak kepada kanak-kanak pengemis itu. Kanak-kanak itu mencuba bermain permainan itu dan mahu mengembalikannya tetapi kanak-kanak di dalam kereta enggan menerimanya.

Kanak-kanak pengemis itu kemudiannya memberikan sebungkus makanan ringan kepada kanak-kanak di dalam kereta dan mereka berkongsinya.

Selepas lampu isyarat bertukar hijau dan kereta berkenaan beredar, lambaian dari kanak-kanak pengemis begitu menyentuh jiwa kerana dia mendapat permainan dan dapat berkongsi satu saat yang berharga dengan orang lain.

Ciapan berkenaan diciap semula sebanyak lebih 15,000 kali dan menerima 65,000 tanda suka.

Lokasi di mana kejadian ini berlaku tidak diketahui tetapi ia dipercayai berlaku di Amerika Selatan atau di Mexico.

Leave a Reply