Gambar Hotel Siapa ni? Sindir Najib, Jawap Lah Mahathir

Hebahkan !!!

Oleh : Sirajuddin Ahmad

Ketika kecoh seorang kroni Tun Mahathir membuat kritikan berkenaan jemputan VVIP terhadap Datuk Seri Najib Razak pada platform “World Chinese Economic Forum” , DSNR pula secara halus meletakkan dua gambar sebuah hotel mewah 5 bintang di entri Facebooknya.

Pada pelayar medsos yang tidak tahu , tentu mereka tertanya tanya apa kaitan gambar yang diletak oleh DSNR dengan isu semasa?

Sebenarnya, tempelan gambar sahaja sudah menjadi satu persoalan dan boleh dijadikan isu besar , jika pemerintah jenis orang yang suka menganaya orang.

Pada gambar hotel mewah ini banyak terselit cerita betapa erat nya Mahathir dengan Tuan Tanah dimana rumah Mahathir terletak.

Ia juga menceritakan betapa Mahathir cuba menguntungkan sahabatnya dengan ada tahun tahun tertentu syarikat sahabatnya ini tidak perlu bayar cukai.

Pada satu siri lawatan Mahathir ke Indonesia , Mahathir ada membuat kenyataasn betapa kerajaan pimpinan Najib menyiasat syarikat syarikat sahabatnya.

Persoalan, kenapa tidak boleh siasat?

Apa keistimewaan syarikat sahabat sahabat nya itu?

Begitu juga Mahathir sangat marah apabila Perdana Menteri selepas nya ‘reluctant” untuk meluluskan lesen judi permohonan syarikat sahabatnya.

Kenapa Mahathir pula yang menyibuk?

Kemudian apabila 1MDB mengambil alih power plant milik kroninya, Mahathir marah dan berdendam lagi.

Sedangkan ia demi kebaikan rakyat untuk buffer TNB dan Petronas.

Persoalan, apa kepentingan Mahathir?

Ada kah sebenar benar nya syarikat milik kroni itu semua ada lah memegang bagi pihak dirinya?

Maka itu lah signifikan DSNR meletak sekadar gambar, bagi pihak yang mahu berfikir.

Pada posting awal tahun , DSNR ada menyindir Mahathir berkenaan hotel di gambar ini di “waive” kan cukai nya, ada kah Mahathir ada “guts” untuk menjawap?

Pembaca boleh melayari posting dan entri lama di Fb DSNR.

Leave a Reply