Tak Boleh Keluar RM10,000 i-Citra, Rakyat Boleh Bankrap Dulu Sebelum Hari Tua

Hebahkan !!!

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 26 Disember lepas membuat kenyataan bahawa kerajaan tidak berhasrat untuk membenarkan lagi pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) i-Citra secara one-off sebanyak RM10,000 kerana bantuan yang diberikan kerajaan sudah mencukupi.

Kenyataan itu mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat yang kebanyakannya sedang mengalami masalah bertimpa-timpa ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.

Ramai dari rakyat sudah pun berdepan kesusahan sejak tahun 2020 lagi selepas wabak COVID-19 melanda negara sehingga kerajaan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

Pergerakan rakyat dihadkan dan juga banyak sektor ekonomi ditutup untuk mengawal penularan wabak.

Pada masa itu ada orang yang dipotong gaji, ada yang diberhentikan ada yang tidak diberikan gaji sepanjang tempoh PKP sehingga pendapatan mereka terjejas dan hutang tertunggak serta semakin bertambah.

Kemudian, hadir tahun 2021 yang masih dalam keadaan negara diserang pandemik.

Pada akhir tahun ini, barulah sektor kembali dibuka dan larangan rentas negeri ditarik balik tetapi banjir pula melanda pada Disember. Ia adalah banjir kali kedua kerana pada awal tahun lalu, banjir berlaku juga di banyak kawasan di Malaysia.

Dengan hutang semakin tertunggak dan bantuan yang diberikan tidak seberapa, mungkin ramai di antara rakyat nanti yang boleh diisytiharkan muflis kerana gagal menjelaskan hutang yang sudah semakin meninggi.

Difahamkan, jika anda ada hutang sekitar RM50,000 dan anda tidak dapat menjelaskannya, anda ada risiko untuk diisytiharkan muflis.

Masa itu belum sempat hari tua tapi anda diisytiharkan muflis padahal di dalam akaun KWSP ada beratus ribu yang boleh dikeluarkan untuk menyelamatkan diri dari terkurung akibat hutang.

Pengeluaran RM10,000 secara one-off dan tidak berperingkat itu akan dapat membantu orang ramai membayar hutang dengan menggunakan wang berkenaan.

Tidak ramai yang akan menggunakan wang berkenaan untuk membeli secara boros tetapi pasti pasti ramai yang ada hutang yang ingin dijelaskan dengan wang berkenaan.

Menurut Perdana Menteri dalam laporan Free Malaysia Today (FMT) itu, ada bank yang menawarkan pinjaman tanpa faedah sebanyak RM10,000. Bagaimanapun, apa yang diberikan itu ialah dalam bentuk pinjaman dan ia perlu dibayar balik.

Orang ramai pun tahu fungsi KWSP tetapi keadaan sekarang dengan dugaan datang bersilih-ganti ini, kemudahan seperti itu akan dapat membantu rakyat dalam berdepan masalah kewangan akibat pandemik dan bencana.

 

Leave a Reply