Reezal Merican Kagum Kekuatan Ahli Parlimen Jelebu Bekerja Bantu Mangsa Banjir

Hebahkan !!!
Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias amat aktif dan pantas bergerak di seluruh Parlimen Jelebu memberi bantuan dan mendengar masalah mangsa banjir di sekitar kawasan Parlimennya.

Susulan program Gotong-Royong Perdana Keluarga Jelebu yang diadakan pada 25 dan 26 Disember lepas untuk membantu mangsa banjir di Parlimen Jelebu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican juga ikut turun padang bantu kerja-kerja di sana.

Pada 26 Disember lepas di laman Facebook, beliau bersama pasukan dari KPKT hadir ke Kampung Puom di Jelebu untuk tolong kerja pembersihan serta melakukan kutipan sampah kerana kawasan kampung berkenaan dilanda banjir yang teruk.

Ahli Parlimen Jelebu yang juga Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias juga bersama beliau dalam program berkenaan dan jelas Reezal Merican menyuarakan rasa kagum ke atas kekuatan beliau bekerja.

“Saya kagum melihat beliau di lapangan, cukup mengenali penduduk-penduduk di sini dan bersama-sama membantu penduduk yang terjejas akibat banjir.

“Dalam kejadian minggu lalu, air deras telah memusnahkan rumah-rumah mereka, lebih-lebih lagi rumah-rumah kayu yang sememangnya tidak dapat diselamatkan,” katanya dalam hantaran itu.

Dalam bencana banjir yang berlaku sejak 18 Disember lepas, Jalaluddin dilihat antara barisan kabinet

Menurut beliau, sebelum kerja-kerja pemulihan rumah kediaman di kampung ini, pihak SWCorp dan syarikat konsesi, Southern Waste Management (SWM) telah digerakkan untuk bantu mempercepatkan operasi pembersihan rumah dan sekitar kawasan khususnya pembuangan sampah dan barangan yang rosak.

“Seramai 62 orang sukarelawan MY Liveable Malaysia yang terdiri daripada PR1MA dan SWM juga sudah berada di lapangan untuk membantu operasi ini. Di Jelebu juga, kita sediakan 8 buah lori RORO/Tipper termasuklah 5 tan dan 16 tan, 6 unit Tong RORO, 3 Waterjet Tanker, 1 Backhoe, 2 kenderaan angkut.

“Bagi membantu penduduk di sini memulakan kehidupan pasca banjir, PR1MA menyediakan sumbangan berupa 200 unit periuk nasi dan dapur memasak,” katanya.

Jalaluddin dalam satu poster menyatakan seramai lebih 600 orang sukarelawan turut serta membantu dengan lebih 100 buah rumah telah dibantu untuk dibersihkan dari kesan akibat banjir.

 

Leave a Reply