Perkhidmatan Jambatan Perahu Kayu Bantu Penduduk Melintasi Sungai

Hebahkan !!!

JAKARTA : Meraih pendapatan 25 juta rupiah (kira-kira RM7,359) sehari dengan menawarkan perkhidmatan ‘jambatan perahu’ nampak mudah.

Detik News melaporkan, di sebalik kesenangan itu, banyak cabaran dilalui lelaki bernama H Endang.

Dia perlu berkorban masa dan mengeluarkan kos besar membina jambatan perahu di Kerawang, Indonesia, yang kini tular.

“Kali pertama membinanya pada 2010 menggunakan perahu kayu.

“Tujuannya untuk membantu penduduk menyeberang (sungai),” katanya.

Deretan perahu menghubungkan Desa Anggadita dengan Desa Parung Mulya di Karawang, Jawa Barat, itu ternyata diminati ramai.

Seiring peralihan masa, H Endang mencari jalan memenuhi permintaan pengguna dengan menambah jumlah perahu kerana laluan alternatif itu hanya mengambil masa 20 minit.

Oleh kerana H Endang mempunyai kenalan yang bekerja di bank, dia berusaha mendapatkan dana dengan membuat pinjaman wang.

Difahamkan, H Endang dibantu 40 kakitangan untuk mengurus perkhidmatan di jambatan perahu miliknya.

Leave a Reply