Anda Boleh Mengunyah Sambil Mengayuh Di Restoran McDonald’s Di China

Hebahkan !!!
Basikal senaman gimnasium yang diletakkan di China sebagai galakan untuk pengunjung bersenam sambil makan.

Idea ini mungkin boleh digunapakai di Malaysia. Di China, restoran McDonald’s di sana menggantikan kerusi dan meja biasa dengan basikal senaman seperti gimnasium untuk menggalakkan orang bersenam.

Viral di satu aplikasi video popular menunjukkan basikal sedemikian dipasang menggantikan meja di rangkaian restoran makanan segera itu di Guangdong.

Basikan berkenaan diperbuat daripada plastik kitar semula.

Apa yang unik, ia bukan sahaja menggalakkan pengunjung bersenam sambil makan tetapi juga ia boleh mengecas telefon menggunakan kuasa elektrik yang dijana hasil senaman itu.

Menurut McDonald’s China, ada 10 buah basikal seperti itu diletakkan di 2 buah restoran di Guangdong dan Shanghai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cristiano13 (@cris13_u)

“Basikal ini akan menjana tenaga elektrik untuk menghidupkan peranti harian seperti telefon pintr dan ia adalah sebahagian dari projek oleh Mc’Donald’s China “Upcycle For Good Project,” menurut kenyataan dari McDonald’s China.

Inisiatif itu juga diwujudkan untuk menggalakkan lebih banyak amalan hijau dalam kalangan pelanggan sambil mereka menikmati menu enak hidangan restoran jenama terkenal itu.

Kalau di Malaysia diletakkan basikal sama di McDonald’s di negara ini adakah orang di Malaysia akan bersenam atau sekadar letak kaki sahaja tapi sambil mengunyah makanan.

Leave a Reply